Harian Metro

Mangsa belerang keluar wad

-

Mangsa mercun ketiga negeri ini dibenarkan keluar wad, kelmarin selepas dua hari dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini.

Abdullah Fahmi Mohd Fadzil, 8, yang cedera di muka dan mata akibat disambar belerang mercun bola, Isnin lalu dibenarkan pulang.

Ibunya, Wan Norliha Wan Mohamed, 38, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu sudah dapat melihat dengan jelas.

“Akibat kejadian itu, penglihata­nnya terjejas, namun selepas pemeriksaa­n dan rawatan selama dua hari ini, doktor mengesahka­n kedua-dua matanya tidak bermasalah serius.

“Namun, dia tetap perlu menjalani pemeriksaa­n dengan pakar mata dan kulit, minggu depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Norliha berkata, meskipun berehat di rumah, mereka tetap berhati-hati kerana ada kalanya, Abdullah Fahmi mengadu pedih muka disebabkan luka.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, Isnin lalu, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh I itu cedera di muka dan mata akibat disambar belerang mercun bola yang dibakarnya di hadapan rumah di Kampung Badang di sini.

Ketika itu, dia dikatakan bermain mercun bersama rakan serta sepupunya dan Abdullah Fahmi dipercayai mencucuh api ke kertas mengandung­i serbuk belerang yang diambil daripada mercun bola.

Dia tetap perlu menjalani pemeriksaa­n dengan pakar mata dan kulit, minggu depan” Wan Norliha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia