Harian Metro

Nekad ubah nasib

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

 Pengalaman hidup susah dorong Tiong bantu penduduk

Pengalaman hidup susah ketika kecil, malah hanya berkaki ayam berulang-alik ke sekolah sejauh lebih tiga kilometer menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sarikei untuk mengubah nasib penduduk setempat.

Kesukaran hidup pernah dilalui Datuk Seri Huang Tiong Sii itu juga membolehka­n beliau mampu menyelami masalah masyarakat dengan lebih mudah.

Tidak setakat itu, kepetahan Tiong Sii berbahasa Iban menyebabka­n beliau diterima baik masyarakat Bumiputera di kawasan Parlimen itu, terutama dalam kalangan penduduk di rumah panjang.

Tiong Sii berkata, kepetahann­ya bertutur dalam bahasa Iban disebabkan pergaulan mesranya sejak kecil, selain ramai kenalan dalam kalangan komuniti kaum itu.

“Saya dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan perlu berjalan tanpa kasut lebih tiga kilometer ke sekolah, malah pelbagai kerja sudah saya lakukan, antaranya menanam koko, menoreh getah dan berkebun demi sesuap nasi, selain membantu keluarga.

“Justeru, saya memahami kesukaran rakyat. Kebolehan berbahasa Iban menjadi kelebihan lagi kepada saya mendekati rakyat di peringkat akar umbi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Repok ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas menempuh suka duka kehidupan, kini tiba masanya untuk beliau kembali memberi khidmat bakti kepada masyarakat Sarikei sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Katanya, pengundi di Sarikei perlu memberikan kepercayaa­n penuh kepadanya untuk membawa lebih banyak perubahan dan pembanguna­n yang dapat meningkatk­an taraf hidup dan ekonomi penduduk setempat.

“Saya tidak mampu berjanji manis semata-mata untuk meraih undi, tetapi akan berkerja keras sekiranya rakyat Sarikei memilih saya menjadi wakil mereka di Parlimen.

“Jika mahu tahu apa yang sudah saya lakukan, boleh tanya penduduk di DUN (Dewan Undangan Negeri) Repok, apa yang sudah saya laksanakan sepanjang dua tahun menjadi ADUN kawasan itu,” katanya.

Parlimen Sarikei menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara beliau, Wong Chin King mewakili Parti Bumi Kenyalang dan Wong Ling Biu dari DAP.

 ??  ?? Tiong (tiga dari kanan) mempunyai gaya tersendiri ketika berkempen di kalangan pengundi Iban di kawasan Sarikei.
Tiong (tiga dari kanan) mempunyai gaya tersendiri ketika berkempen di kalangan pengundi Iban di kawasan Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia