Harian Metro

Bluebirds kembali ke saingan elit

-

Cardiff: Kejayaan Cardiff City kembali ke saingan elit, Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan menerima pujian dan ucapan tahniah daripada nama-nama besar bola sepak dunia.

Cardiff yang diberi jolokan Bluebirds mengesahka­n tempat ke EPL, kelmarin, selepas seri 0-0 bertemu Reading dalam aksi Liga Kejuaraan ketika satu lagi pencabar, Fulham tewas 1-3 kepada Birmingham.

Bekas kapten England, Gary Lineker yang juga pengulas perlawanan di EPL menzahirka­n ucapan tahniah menerusi laman sosial Twitter miliknya kepada kelab dari Selatan Wales itu berikutan kejayaan berkenaan.

“Tahniah kepada @CardiffCit­yFC kerana memenangi perebutan ke Liga Perdana. Tidak sabar untuk mengucapka­n selamat datang ke @BBCMOTD (BBC Perlawanan hari ini) pada Ogos.”

Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand menerusi Twitter berkata: #BLUEBIRDS kembali ke @premierlea­gue (EPL). Tahniah kepada semua orang di @CardiffCit­yFC.

Legenda QPR dan bekas pengulas di stesen televisyen Sky, Rodney Marsh memuji pengendali Cardiff, Neil Warnock dan melabelnya sebagai “salah seorang pengurus liga bawahan terbaik.”

Begitupun, kejayaan kelab milik jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu tidak disenangi beberapa peminat pasukan lawan yang turut mengeluark­an kata-kata cacian.

Peminat kelab Aston Villa dikenali sebagai Harry berkata, Bluebirds mungkin menjadi pasukan paling teruk pernah disaksikan di EPL dan menjangkak­an mereka akan tersingkir selepas semusim dengan hanya mengumpul 24 mata.

Peminat Liverpool, Andy Wales pula menjangkak­an Warnock akan dipecat Vincent sebelum penghujung tahun ini dan melabel Cardiff sebagai Stoke City baru di EPL. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia