Harian Metro

Victoria mara pusingan kedua Terbuka Madrid

-

Madrid: Bekas pemain wanita nombor satu dunia, Victoria Azarenka menang kali pertama di gelanggang tanah liat dalam masa dua tahun di pusingan pertama Terbuka Madrid, awal pagi semalam.

Kejohanan itu sebagai persiapann­ya menghadapi Terbuka Perancis buat kali pertama sejak 2016.

Pemain Belarus itu yang tidak beraksi hampir keseluruha­n musim lalu akibat kes penjagaan anak memulakan kempen Terbuka Madrid dengan menang 6-3, 6-3 ke atas pemain Serbia, Aleksandra Krunic di pusingan pertama.

“Ini perlawanan pertama saya. Saya tak tahu, dua tahun atau lebih di atas tanah liat. Sudah pasti tidak mudah tetapi saya gembira mencapai kemenangan dan beraksi dengan baik,” kata Victoria.

“Sudah tentu banyak lagi aspek perlu diperbaiki. Ini baru permulaan.”

Kemaraan Victoria turut diiringi pemain nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Simona Halep, pemain Sepanyol, Garbine Muguruza dan pemain nombor dua dunia, Caroline Wozniacki. Kedua-duanya menang mudah ke atas lawan masing-masing.

Pilihan utama, Simona tiada masalah mengatasi cabaran pemain Russia, Ekaterina Makarova dengan kemenangan 6-1, 6-0, sementara Caroline menang 6-3, 6-1 ke atas pemain Australia, Daria Gavrilova.

Juara Terbuka Perancia, Garbine yang juga juara bertahan Wimbledon ditentang sengit pemain China, Peng Shuai 6-4, 6-2 dan tekad untuk mara ke pusingan kedua di hadapan penyokong sendiri buat kali pertama di Terbuka Perancis.

Pemain Jepun, Naomi Osaka meneruskan rekod buruk di atas tanah liat selepas tewas kepada pemain China, Zhang Shuai. Pemain nombor 10 dunia, Petra Kvitova yang menjuarai Terbuka Prague mudah mengatasi pemain Ukraine, Lesia Tsurenko 6-1 6-2. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia