Harian Metro

Birmingham pertahan prestasi Welson

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jika edisi ke-61 Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang melabuhkan tirainya kelmarin menjadi ukuran, ternyata masih banyak usaha yang perlu dilakukan skuad renang negara terutama untuk menghadapi Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.

Taruhan terbaik negara, Welson Sim yang mewakili Sarawak berjaya menyapu bersih tiga emas dalam acara yang disertainy­a biarpun tidak dapat mencatatka­n rekod baru temasya atau kebangsaan kerana masih dibelenggu kecederaan buku lali kiri dan kesakitan bahu.

Kecederaan itu menyebabka­n Welson terpaksa melupakan dua lagi acara 50 dan 100 meter (m) gaya bebas - bagi memberi perhatian dalam acara 200m, 400m dan 1,500m di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.

Untuk rekod, Welson memenangi empat pingat emas pada edisi tahun lalu di Melaka.

Ketika ditanya Paul Birmingham mengenai prestasi perenang negara, ketua jurulatih itu mempertaha­nkan anak buahnya walaupun tiada rekod kebangsaan atau kejohanan yang dicatatkan.

“Secara keseluruha­nnya saya merasakan ini adalah kejohanan yang baik buat perenang negara.

“Bagi saya (untuk menghakimi prestasi daripada segi rekod), bukanlah tepat. Yang penting prestasi konsisten,” katanya.

Birmingham berkata, perenang muda bagaimanap­un masih memerlukan lebih banyak pendedahan sebelum boleh menyaingi perenang senior.

Mengenai persiapan menghadapi Sukan Asia, Birmingham berkata, perenang akan menyertai Siri Jelajah Mare Nostrum di beberapa negara Eropah pada awal bulan hadapan dan kemungkina­n mengadakan kem latihan di Sarawak selepas itu.

Bagi saya (untuk menghakimi prestasi daripada

segi rekod), bukanlah tepat

Paul Birmingham

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia