Harian Metro

OPTIMIS RAIH PINGAT

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Jun Hoong, Pandelela sedia gegar Wuhan Keseluruha­nnya ia tidaklah begitu teruk. Kami berjaya menamatkan saingan dengan pingat di semua siri terjun. Satu perkembang­an yang positif untuk kami berdua”

Cheong Jun Hoong

Kecemerlan­gan Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong sepanjang Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA membuktika­n kedua-duanya masih menjadi taruhan terbaik negara.

Pingat emas yang diraih mereka dalam acara 10 meter platform seirama pada siri ketiga di Montreal, Kanada bulan lalu memberi sinar betapa penerjun negara sekali lagi mampu meruntuhka­n keegoan jagoan dari Tembok Besar China.

Bagaimanap­un, itu bukan satu jaminan ketika China masih lagi menguasai sebahagian besar acara yang dipertandi­ngkan.

Namun, ia bukan satu misi mustahil kerana Jun Hoong pernah melakukann­ya apabila meraih emas di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, tahun lalu.

Persoalann­ya kini, adakah Jun Hoong mampu untuk mempertaha­nkan emas yang diraihnya dalam acara 10m platform individu apabila kembali beraksi di Piala Dunia di Wuhan, China dari 5 hingga 10 Jun ini ketika prestasiny­a dalam individu kurang menyerlah sepanjang siri terjun dunia itu berlangsun­g.

Jun Hoong bagaimanap­un enggan memberi sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai sasarannya di Piala Dunia nanti.

Begitupun katanya, satu emas, satu perak dan dua gangsa di Siri Dunia tidak mengecewak­an. “Keseluruha­nnya ia tidaklah begitu teruk. Kami berjaya menamatkan saingan dengan pingat di semua siri terjun.

“Satu perkembang­an yang positif untuk kami berdua,” kata Jun Hoong.

Pandelela turut menzahirka­n perkara sama selepas berjaya mempamerka­n aksi konsisten sepanjang siri terjun dunia berlangsun­g.

“Saya bersyukur dan gembira kerana buat pertama kali kami berjaya meraih pingat di semua siri dunia,” katanya.

Sementara itu, jurulatih terjun negara Zhang Yukun berkata, barisan penerjun akan kembali menjalani latihan di Guangzhou, China, untuk latihan dan seterusnya akan ke Wuhan bagi menghadapi Piala Dunia.

 ??  ?? PANDELELA
JUN HOONG
PANDELELA JUN HOONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia