Harian Metro

Jamal pilih M Nasir

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Nama raja pop, Datuk Jamal Abdillah, 59, terus bertahan dalam bidang seni tanah air sejak tiga dekad lalu.

Penghibur bertaraf legenda ini terus menjadi pilihan penganjur untuk menjayakan persembaha­n hampir setiap minggu.

Selepas kejayaan konsert bersama Ameng dan Zamani, Jamal bakal mengadakan konsert duo dengan Datuk M Nasir di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 3 hingga 6 Ogos depan.

Jamal berkata, dia memilih mengadakan konsert bersama M Nasir kerana penyanyi hebat itu memiliki ramai peminat dalam bidang muzik tanah air.

“Saya memang menyenarai­kan beberapa nama penyanyi untuk buat konsert di Istana Budaya tetapi akhirnya memutuskan untuk mengadakan konsert bersama M Nasir.

“Ia projek besar yang dirancang syarikat saya tahun ini. Saya akan fokus kepada persiapan konsert itu mulai bulan ini,”katanya.

Ditanya mengenai penampilan penyanyi muda Wany Hasrita dan penyanyi kelahiran Australia, Cassidy Anderson pula, kata Jamal ia tidak dapat dilaksanak­an.

“Selepas berbincang akhirnya kami tidak jadi menampilka­n dua artis undangan itu kerana yakin gandingan saya bersama M Nasir sudah mampu menarik peminat menyaksika­n konsert itu.

“Mungkin saya akan menampilka­n anak, Osama Yamani pada konsert itu nanti jika dia ada kelapangan kerana dia juga menuntut di Sekolah Seni di Johor Bahru,” katanya.

Dalam pada itu, barubaru ini Jamal mengadakan persembaha­n sempena Minggu Setiausaha bersama Dayang Nurfaizah di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 24, turut hadir memberi sokongan.

Dalam persembaha­n selama 45 minit itu, Jamal menghiburk­an tetamu menerusi rangkaian lagu popularnya seperti Aku Penghiburm­u, Kekasih

Awal dan Akhir, Senandung Semalam, Kau Lupa Janji dan Gadis Melayu.

Juara Bintang RTM

1979 itu juga turun dari pentas untuk bermesra dan bergambar bersama tetamu dalam dewan yang dipenuhi 1,000 orang itu.

 ?? FOTO ?? Ia projek besar yang dirancang syarikat saya tahun ini. Saya akan fokus kepada persiapan konsert itu mulai bulan ini
FOTO Ia projek besar yang dirancang syarikat saya tahun ini. Saya akan fokus kepada persiapan konsert itu mulai bulan ini
 ??  ?? PEMINAT ambil peluang bergambar dengan Jamal.
PEMINAT ambil peluang bergambar dengan Jamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia