Harian Metro

Menyeronok­kan, dipenuhi gelak ketawa

-

Apabila ditanya kepada peserta kecil khususnya yang berumur sekitar tujuh hingga 10 tahun, semuanya mengakui tahu mengenai ibadat puasa. Malah ada yang sudah dilatih sejak kecil dan mampu berpuasa penuh pada usia lima tahun.

Namun pengetahua­n itu sekadar di situ. Bagi mereka puasa cuma bermakna tidak boleh makan dan minum, sedangkan pengertian sebenarnya amat luas.

Bukan tidak diajar di sekolah, bahkan setiap tahun ibu bapa juga memberi tahu serba sedikit mengenai puasa, tetapi ramai yang terlupa kerana Ramadan menjengah setahun sekali saja.

Memahami perkara ini, PU Azman bijak mengendali kem selama beberapa jam itu bagi memenuhi kehendak peserta muda. Setiap peserta diberi pen dan kertas, bukan untuk mencatat nota sebaliknya menulis jawapan kepada soalan yang dikemukaka­n sepanjang kem berlangsun­g.

Walaupun peralatan yang digunakan amat ringkas, iaitu hanya pen, kertas dan mikrofon, sesi pembelajar­an tidak formal ini berjalan lancar dalam suasana menyeronok­kan dan dipenuhi gelak ketawa.

Mana tidaknya, PU Azman rancak mengajukan soalan untuk memastikan peserta memberikan tumpuan dan memahami perkara yang dibincangk­an. Jika ada yang dilihat terleka atau khayal, orang itu akan menjadi sasaran untuk menjawab soalan.

Jadi, semuanya memang benar-benar bersedia dan fokus kepada setiap perkataan yang keluar daripada mulut pengajar. Peserta yang lebih besar khususnya pasti segan jika mereka gagal memberi jawapan tepat.

Pada awalnya ramai yang malu-malu untuk menjawab soalan

 ??  ?? MERAKAM kenangan manis selepas tamat kem bersama PU Azman.
MERAKAM kenangan manis selepas tamat kem bersama PU Azman.
 ??  ?? Sesi menjawab soalan itu agak mendebarka­n, bimbang kalau saya terpilih dan memberi jawapan yang salah,tetapi rupanya daripada sesi itulah kami lebih faham
Sesi menjawab soalan itu agak mendebarka­n, bimbang kalau saya terpilih dan memberi jawapan yang salah,tetapi rupanya daripada sesi itulah kami lebih faham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia