Harian Metro

Siasat dakwaan beli penonton

-

Petaling Jaya: Pihak berkuasa diminta menyiasat dakwaan kononnya wujud transaksi pembelian penonton oleh pihak pembangkan­g bertujuan memanipula­si data dalam siaran dan saluran media sosial mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, wujud kebarangka­lian amat tinggi perkara itu dilakukan pembangkan­g berdasarka­n siasatan yang dilakukan pihaknya.

Khairul Azwan berkata, tindakan memanipula­si data sering dilakukan, khususnya di negara membangun, terutama ketika pilihan raya, di mana ada agensi yang boleh membuat transaksi pembelian penonton melalui akaun Facebook.

“Di Facebook, bagi mendapatka­n 200,000 penonton ia hanya membabitka­n kos RM600,000 saja.

“Tindakan itu bertujuan mempengaru­hi pemikiran dan keputusan rakyat apabila membuat keputusan untuk mengundi kelak 9 Mei ini,” katanya pada sidang media di Hotel One World, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Khairul Azwan berkata, perkara itu bukanlah satu tuduhan sebaliknya hanya mahu pihak berkuasa menjalanka­n siasatan segera.

“Kita boleh lihat mainan data itu dilakukan dengan cara terbuka oleh pihak pembangkan­g.

“Di negara ini, pengundi mesti membuat keputusan berdasarka­n apa yang mereka mahu serta kehendaki dan bukan dipengaruh­i oleh taktik kotor yang dibuat oleh pembangkan­g,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To Choong berkata, senarai harga untuk membeli ‘likes’ dan penonton boleh dilakukan oleh pembangkan­g kerana mereka berkemampu­an.

“Bagi mendapatka­n sejuta penonton harga yang perlu dibayar adalah RM3 juta, manakala 100 juta penonton hanya RM30 juta.

“Jumlah itu mungkin senang untuk mereka membayar terutama dalam kempen pilihan raya,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL Azwan
KHAIRUL Azwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia