Harian Metro

Biskut ‘ikat ’nyawa

 Empat nelayan hanyut lima hari dalam tong ikan selepas bot bocor tenggelam

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

“Kami hanya duduk dalam tiga tong ikan yang digunakan sebagai ‘bot’ dan hanyut lima hari. Hanya biskut dan air masak sempat diselamatk­an sebagai bekalan kami menyambung nyawa.

“Sepanjang tempoh itu, tiada satu pun bot nelayan lain datang mencari atau menyelamat­kan kami,” kata tekong bot, A Bakar A Rahman, 65, yang terselamat bersama tiga awak-awaknya selepas tong ikan yang dijadikan ‘bot’ ditemui kapal membawa bekalan ke pelantar minyak.

Bot A Bakar yang dinaiki bersama tiga awak-awak lain tenggelam akibat bocor pada kedudukan 60 batu nautika dari Kuala Kemaman, jam 5 pagi, 2 Mei lalu.

Sepanjang lima hari, mereka hanya bergantung kepada beberapa biskut dan air masak untuk hidup serta perlu dicatu supaya tidak kehabisan.

Selain A Bakar, turut terselamat Alias Mamat, 54, Ibrahim Jusoh, 62, dan Sulaiman Kadir, 25. Mereka ditemui kapal yang dalam perjalanan menghantar bekalan ke pelantar minyak, jam 2 petang, kelmarin.

A Bakar berkata, mereka yang berasal dari Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang turun ke laut untuk memancing, 28 April lalu.

Kebiasaann­ya mereka berada di laut selama seminggu sebelum pulang membawa hasil tangkapan.

Katanya, mereka menyedari bot dinaiki bocor di bahagian enjin pada 2 Mei, jam 5 pagi.

“Enjin gagal dihidupkan dan kami tidak dapat mengepam keluar air yang memasuki bot.

“Menyedari kami di ambang maut, saya arahkan awak-awak mengikat tiga tong ikan sebagai pelampung bagi menyelamat­kan diri,” katanya, semalam.

Menurutnya, mereka nekad terjun ke dalam tong ikan itu beberapa minit sebelum bot mereka tenggelam jam 11 pagi.

“Ketika itu kami hanya mampu berdoa agar semua selamat dan tidak berdepan ombak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhammad Rezal Kamal Bashah berkata, semua nelayan diselamatk­an kru kapal Nautikal Tanjung Puteri 4 yang dalam perjalanan ke pelantar minyak di perairan Terengganu sebaik ternampak kelibat tong ikan yang digunakan mangsa.

Katanya, kapal itu menaikkan semua mangsa yang kebuluran dan keletihan itu sebelum diberi makanan.

“Kapal itu membawa mangsa ke Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) sebelum dihantar ke Pengkalan Maritim Kemaman untuk diambil keterangan,” katanya.

Enjin gagal dihidupkan dan kami tidak dapat

mengepam keluar air yang memasuki bot

A Bakar

 ??  ?? TONG ikan yang diikat menjadi penyelamat empat nelayan selepas bot mereka karam pada kedudukan 62 Batu Nautika dari Kuala Kemaman.
TONG ikan yang diikat menjadi penyelamat empat nelayan selepas bot mereka karam pada kedudukan 62 Batu Nautika dari Kuala Kemaman.
 ??  ?? A Bakar
A Bakar
 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM
 ??  ?? ALIAS
ALIAS
 ??  ?? SULAIMAN
SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia