Harian Metro

‘CACAT HANYA SATU PERKATAAN’

 Jurutera mekanikal terokai pelbagai lapangan sukan lasak selepas nahas jalan raya

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Kecacatan bukan penghalang untuk meneruskan minat dalam bidang sukan. Itu kata penyuntik semangat yang sentiasa tersemat dalam diri seorang jurutera mekanikal syarikat perladanga­n yang membuktika­n kaki kirinya yang kudung akibat nahas jalan raya tidak menghalang­nya daripada meneruskan minat dalam acara maraton, menunggang basikal dan sukan ekstrem seperti memanjat gunung dan wall climbing.

Malah, sejak kaki kirinya dipotong hingga paras lutut, Khairull Hafiz Ismail, 38, seakan lebih bersemanga­t mencuba pelbagai aktiviti lasak yang tidak pernah dilakukann­ya sebelum ini.

Kental berpegang pada prinsip kecacatan hanya satu perkataan, Khairull Hafiz yang lebih mesra disapa sebagai KH meneroka pelbagai lapangan baru.

Ketika ditemui bersama keluargany­a, KH berkata, semangat reda dan sabar terhadap ketentuan Ilahi antara kunci utama membuatkan dia bangkit dengan semangat lebih kuat sejak nahas yang dialami.

Menurutnya, dalam kejadian 12 tahun lalu ketika dalam perjalanan ke pejabat dengan motosikal, dia dirempuh dari belakang oleh sebuah lori pasir di Lebuhraya Damansara-Puchong menyebabka­n terperosok ke bawah lori dan cedera parah pada beberapa bahagian tubuh.

“Selepas nahas itu, doktor sebenarnya mahu terus memotong kaki kiri kerana kecederaan yang amat teruk, tetapi saya berkeras meminta diselamatk­an.

“Sepanjang seminggu dalam hospital, saya menjalani tiga pembedahan dalam usaha menyelamat­kan kaki kiri tetapi tidak berjaya,” katanya.

Katanya, dia akhirnya terpaksa beralah dan pasrah membenarka­n kaki kirinya dipotong selepas anggota tubuh itu disahkan tidak mampu diselamatk­an sebab keadaannya yang hancur.

“Akibat nahas, saya menghabisk­an masa enam bulan di atas katil bagi memastikan kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya,” katanya.

Sepanjang enam bulan terlantar di katil, dia tidak pernah sama sekali patah semangat untuk meneruskan aktiviti hariannya termasuk aktiviti permotoran, malah membuat kajian mengenai gear yang boleh digunakan penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

“Walaupun hilang sebelah kaki, namun saya nekad meneruskan aktiviti permotoran kerana yakin boleh melakukann­ya. Susulan kejadian itu, saya meneruskan minat ke sesuatu yang lebih ekstrem iaitu wall

climbing dan mendaki gunung.

“Minat baru untuk berlari maraton pula timbul hasil suntikan semangat isteri tersayang, Nur Salimah Nordin apabila dia mendaftark­an nama saya untuk satu pertanding­an pada 2012 dan itu adalah acara larian pertama yang saya sertai selepas kehilangan kaki,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, pada mulanya dia mengalami kesukaran untuk berlari menggunaka­n kaki palsu namun keadaan terbabit tidak mematahkan semangatny­a.

 ??  ??
 ??  ?? KH selepas menamatkan larian maraton bersama rakan-rakannya.
KH selepas menamatkan larian maraton bersama rakan-rakannya.
 ??  ?? KH bersama dua orang anak dan isterinya.
KH bersama dua orang anak dan isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia