Harian Metro

Hukuman lebih keras

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Mazlan percaya kes doping kerap berlaku disebabkan angkat berat sukan yang ‘menjemukan’, dorong atlet guna jalan singkat

Menyenarai­kan bahan terlarang yang sering digunakan atlet angkat berat sebagai dadah dalam kesalahan jenayah di negara ini mungkin boleh menjadi penyelesai­an kepada masalah doping yang menghantui sukan itu.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad (gambar) berkata, cadangan itu boleh dipertimba­ngkan dalam usaha membantera­s penggunaan­nya kerana mereka yang terbabit boleh dikenakan hukuman lebih keras.

“Sebelum ini ada cadangan untuk menyenarai­kan bahan terlarang dalam sukan ini sebagai dadah dalam kesalahan jenayah supaya mereka yang terbabit boleh dikenakan hukuman lebih keras.

“Saya rasa perkara ini boleh dipertimba­ngkan dan mungkin boleh menjadi penyelesai­an kepada masalah doping dalam sukan berkenaan,” katanya semalam.

Beliau mengulas mengenai kes terbaru membabitka­n seorang pemenang pingat Sukan Komanwel Gold Coast, baru-baru ini didapati positif dalam ujian doping sebelum berlepas ke temasya kedua terbesar dunia itu.

Selain kes terbaru itu, antara atlet yang pernah gagal doping adalah pemenang emas Sukan Komanwel Glasgow 2014, Hafifi Mansor, Khairul Anuar Mohamad, Constantin­e Clement, Mohd Nasir Roslan selain pemenang tiga emas Sukan Komanwel Manchester 2002, Amirul Hamizan Ibrahim.

Susulan rekod buruk dalam kes doping itu, angkat berat muncul antara tiga sukan selain sepak takraw dan taekwondo yang digugurkan daripada program sukan teras.

Menurut Mazlan, beliau percaya kes doping yang kerap berlaku disebabkan angkat berat sukan yang ‘menjemukan’ dan atlet yang tidak mempunyai ketahanan tinggi pasti akan menggunaka­n jalan singkat dan terjerumus menggunaka­n bahan terlarang itu.

“Menjemukan maksud saya adalah sukan ini tidak seperti bola sepak atau sepak takraw yang mana atlet boleh mempamerka­n aksi mereka di tengah padang. Jadi, anda kena faham keadaan atlet itu berlatih,” katanya.

Meskipun atlet angkat berat terus terpalit dengan kes doping, Mazlan bagaimanap­un mahu sukan itu terus dibangunka­n berdasarka­n rekod kejayaan yang dicipta dalam beberapa kejohanan utama termasuk Sukan Komanwel.

“Kita jangan cepat menghukum dan buat kesimpulan terlalu cepat. Atlet kita masih ada potensi cuma kita kena berusaha cari formula membantera­s penyalahgu­naan bahan terlarang. Kita kenalah kerja lebih sedikit.

“Lagipun, sukan ini sudah banyak membantu kontinjen negara terutama di Sukan Komanwel,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia