Harian Metro

MANFAAT ECRL SAMPAI SEABAD

- Shahrizan Salian, Nora Mahpar dan Amir Hisyam Rasid bisnes@nstp.com.my

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah sebuah projek mega yang dirancang mampu untuk bertahan sehingga 100 tahun dan manfaatnya terus dapat dinikmati melebihi tempoh itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, projek yang membabitka­n kos berjumlah RM55 bilion itu wajar dinilai daya majunya dalam tempoh 30 tahun akan datang memandangk­an perancanga­nnya bersifat jangka panjang.

Justeru, beliau menegaskan pelaburan sebesar itu tepat memandangk­an pulangan akan diperoleh sama ada oleh kerajaan, rakyat dan MRL sendiri amat tinggi.

“Jika dilihat kepada pelaburan RM55 bilion ini, adalah sukar untuk mencatatka­n pulangan modal jika hanya bersandark­an kepada pulangan tambang semata-mata. Perlu diingatkan komponen ECRL adalah 70 peratus kargo yang akan menyumbang besar pendapatan syarikat.

“Ada mempersoal­kan sama ada kami boleh mencapai sasaran (fret) 26 juta tan setahun kerana Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) hanya mengangkut enam juta tan setahun, sebaliknya Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperuntu­kkan lebih kurang RM850,000 bagi Geran Cabaran Pereka Harta Intelek (IPCC) tahun ini.

Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi berkata, IPCC platform terbaik bagi melahirkan idea baru dalam industri animasi.

Katanya, IPCC dilancarka­n sejak 2006 dan menjadi pertanding­an tahunan yang dibuka kepada rakyat Malaysia, sekali gus memangkink­an pertumbuha­n industri kandungan kreatif negara. kami mengunjurk­an 26 juta tan.

“Namun, keseluruha­n pergerakan fret di Semenanjun­g saja membabitka­n 200 juta tan setahun. Jika memperoleh 36 juta tan daripada 200 juta tan ini, ia hanya 20 peratus saja. Kami yakin boleh melakukann­ya,” katanya dalam satu temubual di Kuala Lumpur.

Darwis berkata, MRL mempelajar­i dan memperbaik­i banyak perkara daripada pengalaman KTMB bagi menjamin kelangsung­an serta keberhasil­an projek ECRL memandangk­an ia mempunyai kapasiti lebih tinggi.

Katanya, kawasan pantai timur ketika ini sedang membangun dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan MRL kerana pendudukny­a pasti menggunaka­n perkhidmat­an ECRL.

“MRL juga menyediaka­n perkhidmat­an kepada pengguna akhir seperti Pelabuhan Kemaman. Kami menyediaka­n perkhidmat­an (logistik) dari pintu ke pintu bagi mengelakka­n pengendali­an bertindih.

“Sebagai contoh, kami tidak mahu berdepan situasi apabila kapal berlabuh, mereka terpaksa mengangkut barangan ke tren. Apabila turun di Pelabuhan Klang, bertambah satu lagi kerja. Itulah dimaksudka­n dengan pengendali­an bertindih.

“Jika boleh, mereka hanya perlu menghantar masuk dan memindahka­n barangan ke kawasan ditetapkan

 Projek mega RM55b mampu jana pendapatan jangka panjang

dan terus ke sistem pelepasan kastam. Ia boleh dibuat serentak dan tersusun,” katanya.

 ??  ?? PERANCANGA­N projek ECRL bersifat jangka panjang.
PERANCANGA­N projek ECRL bersifat jangka panjang.
 ?? Darwis Abdul Razak ?? Perlu diingatkan komponen ECRL adalah 70 peratus kargo yang akan menyumbang besar pendapatan syarikat”
Darwis Abdul Razak Perlu diingatkan komponen ECRL adalah 70 peratus kargo yang akan menyumbang besar pendapatan syarikat”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia