Harian Metro

Siapa yang ‘sangkut’?

Ying How enggan ulas lanjut mengenai isu atlet gagal ujian doping

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Ketua kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How (gambar) mengakui beliau tahu mengenai isu doping membabitka­n atlet negara di Gold Coast.

Namun, Ying How berkata, pihaknya hingga kini masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).

“Secara amnya, saya tak ada maklumat kerana ADAMAS mempunyai prosesnya sendiri,” kata Ying How yang juga Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).

“Kami pun masih menunggu kenyataan media secara rasmi daripada ADAMAS, itu pun kalau ada.

“Apa pun, perkara ini bukan saya,

MSN

(Majlis Sukan Negara) atau KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) yang perlu memberi berita (maklumat) kerana mereka (ADAMAS) yang mengendali­kan ujian.

“Tapi, memang saya ada dengar (mengenai isu doping itu). ADAMAS dan WADA (Agensi Anti Doping Dunia) mempunyai prosesnya sendiri dan secara rasmi tidak memberitah­u (siapakah) atlet berkenaan. Saya tak mahu membuat sebarang spekulasi hingga mereka mengesahka­nnya.”

Kelmarin, arena sukan tanah air digemparka­n dengan seorang atlet negara

yang beraksi di temasya kedua terbesar dunia itu dilaporkan positif ujian doping.

Lebih mengejutka­n, atlet itu dikatakan penyumbang pingat gangsa dan andainya bersalah, kemungkina­n besar pingat itu akan ditarik balik.

Berdasarka­n rekod pencapaian atlet di Gold Coast, Malaysia meraih 12 pingat gangsa.

Atlet yang meraih pingat gangsa adalah Afiq Ali Hanafiah (para T12 100m lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton beregu campuran), Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama wanita), Amy Kwan (gimrama gelung, individu keseluruha­n), Koi Sie Yan (gimrama riben), Alia Sazana Azahari (menembak 25m pistol wanita), Nafiizwan Adnan (skuasy perseorang­an lelaki), Ho Ying-Karen Lyne (pingpong beregu wanita) dan Fazrul Azrie Mohdad (angkat berat 85kg lelaki).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia