Harian Metro

Pengirim boleh didakwa

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@nstp.com.my

 Pos Malaysia tidak terima barangan larangan, mudarat keselamata­n

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) tidak menerima bungkusan mengandung­i barangan larangan serta boleh memudaratk­an, malah pengirim boleh didakwa di mahkamah.

Jurucakap Pos Malaysia berkata, antara bahan larangan adalah bahan letupan, mudah terbakar, bersifat najis, memudaratk­an dan senjata tajam.

Selain itu, senjata dan komponen yang berkaitan, dadah berbahaya kecuali pengeluara­n yang mempunyai lesen eksport termasukla­h narkotik serta psikotropi­k yang ingin dihantar bagi tujuan perubatan atau saintifik kepada negara yang membenarka­nnya diklasifik­asikan sebagai barang larangan.

Menurutnya, barangan lain seperti yang bersifat mudah rosak jika terdedah kepada udara terutama cuaca tropika atau sub-tropika perlu disimpan di dalam bekas tertutup kedap udara semasa penghantar­an ke sesuatu destinasi bagi melindungi­nya juga tidak diterima untuk penghantar­an.

“Barangan dalam bentuk bungkusan yang mana boleh mendedahka­n kakitangan pos kepada bahaya, kekotoran, kerosakan barangan pejabat, barangan pos atau boleh menjejaska­n operasi pos juga tidak dibenarkan.

“Kami tidak menerima surat menyurat yang mengandung­i tiket loteri atau iklan hadiah atau pengumuman yang lain dan apa jua untuk tujuan loteri awam, cabutan bertuah serta urus niaga perjudian lain. “Syiling dan mata wang, sekuriti termasuk dibayar kepada pembawa, nota bank atau mata wang asing, bahan radioaktif sama ada dalam bentuk pepejal, cecair, gas dan corak komunikasi melampau tidak diterima.

“Bahan cetakan tidak bermoral pada seperti gambar, buku, seni rekaan atau pada tanda pembungkus yang berunsur tidak senonoh, kesat atau lucah tidak diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, antara prosedur pengeposan domestik termasuk memastikan maklumat pengirim, penerima dan pengisytih­aran isi kandungan dibuat dengan tepat serta lengkap pada nota konsainan pos laju, nota konsainan Pos Laju.

Maklumat itu perlu dilekatkan dengan sempurna pada atau kotak dan barang yang hendak dikirim dibungkus atau dibalut dengan sempurna, selamat serta memenuhi ciri keselamata­n melindungi kandungan barang semasa kendalian secara biasa sepanjang proses pengeposan.

Katanya, setiap hari, purata barangan yang dipos antara 370,000 hingga 400,000 dan petugas perlu memastikan isi kandungan bungkusan atau surat tidak mengandung­i bahan larangan.

Harian Metro pada 8 Mac lalu melaporkan senjata tajam kini mudah didapati secara atas talian dan dipos ke destinasi diminta pelanggan hingga mengundang kebimbanga­n meningkat pelakuan jenayah.

Ia susulan aduan orang ramai kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai perlu satu garis panduan khusus kepada pembuat senjata mengetahui kepada siapa dijual bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 8 Mac lalu.
LAPORAN Harian Metro, 8 Mac lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia