Harian Metro

Kolej baru perkasa pendidikan luar bandar

-

Bachok: Bidang pendidikan di luar bandar terus diperkasak­an Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi pembinaan Kolej Profesiona­l MARA (KPM) di Mukim Pauh Sembilan, Tawang di sini, dengan kos RM81.1 juta.

Pembinaan kolej yang mengambil masa lebih dua tahun dan akan siap menjelang 2021 itu, akan memberi manfaat kepada penduduk negeri ini.

Pengerusin­ya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pembinaan kolej berkenaan amat bertepatan kerana memenuhi janji Barisan Nasional (BN) seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat daerah itu, baru-baru ini.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri mengarahka­n pembinanaa­n KPM itu disegeraka­n untuk manfaat kepada masyarakat khususnya golongan belia di daerah itu dan Kelantan.

“Dengan pembinaan kolej ini, ia akan menjana pertumbuha­n ekonomi dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkemb­angkan perniagaan penduduk setempat.

“Ia juga akan mencetuska­n satu usaha untuk menjadikan daerah ini sebagai pusat kecemerlan­gan pendidikan kerana Bachok berpotensi memandangk­an sudah mempunyai Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).

“Agenda lain yang kita akan usahakan selepas ini untuk mendapatka­n sekolah berasrama penuh,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah KPM Bachok di Mukim Pauh Sembilan, Tawang di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain.

Dr Awang Adek berkata, pembinaan kolej di atas tanah seluas 14 hektar itu mampu menampung 1,000 pelajar pada satu masa dengan bilangan tenaga pengajar 90 orang serta 30 kakitangan sokongan.

“Pembinaan KPM di Bachok ini membuktika­n kerajaan kita bertanggun­gjawab dan penuh akauntabil­iti dalam menyediaka­n peluang belajar dalam suasana kondusif serta kelengkapa­n yang baik.

“Ia menjadi pencetus semangat kepada pelajar dan rakyat Kelantan untuk lebih berjaya dan menjadikan KPM Bachok sebagai pemacu kecemerlan­gan pendidikan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, seorang petani, Mustapa Ripin, 58, berkata, pembinaan kolej ini akan menjadikan Bachok sebagai gedung ilmu dan membolehka­n anak serta cucu mereka belajar di daerah sendiri untuk mendapatka­n pendidikan tinggi.

“Golongan muda Bachok juga ramai yang berjaya, jadi mereka boleh menyumbang­kan tenaga di daerah sendiri kerana kawasan ini semakin membangun,” katanya.

 ?? Dr Awang Adek ?? DR Awang Adek (tiga dari kiri) bersama Azhar (tiga dari kanan) ketika menyempurn­akan pecah tanah KPM Bachok di Kampung Pauh Sembilan. Dengan pembinaan kolej ini, ia akan menjana pertumbuha­n ekonomi dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dan...
Dr Awang Adek DR Awang Adek (tiga dari kiri) bersama Azhar (tiga dari kanan) ketika menyempurn­akan pecah tanah KPM Bachok di Kampung Pauh Sembilan. Dengan pembinaan kolej ini, ia akan menjana pertumbuha­n ekonomi dari segi mewujudkan peluang pekerjaan dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia