Harian Metro

Mampu rawat 625,000 penduduk

-

Shah Alam: Bagi 625,000 penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya, kewujudan Hospital Shah Alam Selangor (HSAS) dekat Seksyen 7 di sini sejak dua tahun lalu, sudah lama ditunggu.

Mereka menyifatka­n ia alternatif terbaik berikutan HSAS dilengkapi pelbagai kemudahan itu terletak di pusat komersial dan berhampira­n kawasan perumahan.

Berikutan itu, penduduk di bandar raya ini tidak perlu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang terletak 10 kilometer dari Shah Alam.

Pasangan yang baru memulakan hidup berkeluarg­a, Reduan Mohd Azhari, 33, dan isteri, Nur Izzati Abdul Latif, 27, bersyukur lokasi HSAS tidak jauh dari rumah mereka.

Nur Izzati melahirkan bayi pertama mereka tahun lalu dan mendapatka­n rawatan di hospital berkenaan.

“Alhamdulil­lah, keistimewa­an HSAS bagi saya dan isteri ialah kemudahan yang selesa. Malah, layanan dan perkhidmat­annya baik dan memuaskan.

“Sudah pasti HSAS menjadi pusat kesihatan utama keluarga saya kerana jaraknya hanya tiga kilometer dari rumah kami.

“Saya juga ingin mencadangk­an orang ramai mendapatka­n rawatan di HSAS kerana kemudahan selesa selain layanan mesra kakitangan,” katanya.

Sementara itu, Nurhazah Ibrahim, 30-an, berkata, kewujudan HSAS dapat menampung kepadatan jumlah pesakit dari Shah Alam dan Klang yang mendapatka­n rawatan di HTAR sebelum ini.

Dia antara pesakit yang kerap berulang-alik ke HTAR bagi urusan temu janji dengan doktor dan mengambil ujian darah sejak tiga tahun lalu susulan penyakit dihidapiny­a.

“Baru-baru ini, saya mendapat rawatan di bahagian kecemasan pada waktu malam di HSAS. Saya dapati pesakit tidak begitu ramai dan keadaan selesa. Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatka­n rawatan.

“HSAS buat pengumuman menyatakan jumlah pesakit menunggu untuk dirawat dan jumlah doktor bertugas ketika itu.

“Pemberitah­uan begini bagus agar pesakit sedia maklum dengan situasi sebenar dan sabar menanti,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata, Noorazeima­h Elias,

34, berkata, jarak dari rumahnya ke HSAS hanya lima kilometer menyebabka­n dia memilih hospital itu untuk melahirkan bayi ketiganya.

Dua anaknya sebelum ini dilahirkan di Hospital Putrajaya kerana mahukan keselesaan, selain kediaman ibunya yang berdekatan hospital memudahkan­nya bersalin di situ.

Kali ini, dia memilih bersalin di HSAS kerana dekat dengan rumah, selain lebih selesa dan mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia