PADAH TAK TURUN BERAKSI
Gara-gara tidak turun beraksi menentang PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam pada 15 April lalu, Kuantan FA terpaksa menerima padah apabila digugurkan penyertaan dalam Liga Malaysia 2018 berkuat kuasa semalam.
Keputusan itu diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang melihat tindakan kelab bermasalah itu tidak hadir pada perlawanan dan tidak memaklumkan kepada sekretariat MFL satu kesalahan yang berat dalam peraturan Liga-M.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah MFL itu turut mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“MFL dan Kuantan FA sentiasa berhubung dari semasa ke semasa. Tidak hadir ke perlawanan dengan tidak memaklumkan kepada sekretariat adalah satu kesalahan yang besar dilakukan oleh mereka.
“Pelanggaran peraturan ini bukan saja membabitkan kos liga, malah menjejaskan kos operasi pihak lawan dan juga penaja yang melabur jutaan ringgit kepada mereka. Jadi, keputusan menggugurkan mereka dari liga adalah tepat,” katanya.
Kuantan FA yang berdepan masalah pembayaran gaji pemain musim ini mencetuskan kontroversi apabila mereka tidak hadir pada perlawanan menentang PDRM hingga pasukan tuan rumah diberikan kemenangan percuma 3-0.
Menurut Kevin, pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha dalam membantu Kuantan FA menyelesaikan
MFL singkir The Seagulls daripada Liga Malaysia
masalah, namun ia tidak berhasil.
“Kuantan FA sebelum ini berhubung dengan kami berkenaan beberapa isu yang perlu diselesaikan. Beberapa mesyuarat juga sudah diadakan bagi membantu mereka.
“Tahun ini, sebanyak empat mesyuarat sudah diadakan antara Kuantan FA dan MFL. Beberapa peluang sudah dikemukakan oleh MFL bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu pasukan itu,” katanya. Kuala Lumpur: “Jangan ingat boleh lepas!,” kata pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria
Bekas jurulatih Kuala Lumpur itu menegaskan pengurusan pasukan itu tetap ‘berhutang’ dengan pegawai serta pemain dan tuntutan tetap akan diteruskan meskipun pasukan itu tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.
“Walaupun pasukan sudah disingkirkan, namun harus diingat, tunggakan tiga bulan ini tetap perlu dilunaskan kerana pemain sudah bermain bermati-matian sebelum ini meskipun langsung tidak dibayar.
“Kami ada beberapa saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes ini. Pengurusan seharusnya rasa lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan gaji yang tertunggak. Kami akan terus menuntut hak kami,” katanya semalam.
Pada masa sama, biarpun
(gambar).
keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ‘menendang keluar’ pasukan itu daripada saingan Liga Perdana dilihat seakan-akan terkena batang hidung sendiri, Ismail nyata lega dengan pengakhiran pasukannya.
Menurut Ismail, langkah MFL membatalkan penyertaan pasukan itu selepas berdepan masalah kewangan dilihat sebagai satu tindakan baik dan memberi peluang kepada pemain mencari pasukan baru untuk meneruskan karier mereka.
“Walaupun pasukan digugurkan, tidak mengapa kerana setidak-tidaknya ia dapat dijadikan pengajaran kepada mana-mana pengurusan pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M).
“Apa pun, keputusan pantas ini sedikit sebanyak membolehkan pemain mencari hala tuju baru dan saya bersyukur kebanyakan pemain yang tinggal sudah mendapat pasukan baru untuk beraksi, sekali gus membolehkan mereka terus bermain,” katanya.