Harian Metro

Tak melatah...

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Tindakan Stewart serah bendera Australia kepada Starc bukan isu besar buat Malaysia

Jurulatih Nauraj Singh Randhawa, Alex Stewart, yang memakai pakaian rasmi kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 mencipta kontrovers­i semalam apabila memeluk pemenang pingat emas acara lompat tinggi, Brandon Starc

dan menyerahka­n bendera Australia kepada atlet itu di Stadium Carrara.

Bagaimanap­un, ketua kontinjen negara, Huang Ying How dan Pengarah Podium, Tim Newenham berkata,

(gambar)

ia tidak menjadi isu kerana Stewart bukannya jurulatih sepenuh masa bagi Nauraj.

Seorang lagi atlet negara, Lee Hup Wei juga berlatih di bawah kendalian jurulatih kelahiran Australia itu tetapi dia membayar menggunaka­n wangnya sendiri.

“Kami membayar Stewart berdasarka­n jumlah sesi bersama Nauraj. Jurulatih Australia itu turut melatih Starc dan atlet lompat tinggi Australia yang lain. Normal buat jurulatih untuk meraikan kejayaan dengan atlet mereka apabila mereka meraih kejayaan,” kata Ying How.

“Kami tidak boleh menyalahka­n Stewart kerana Starc memenangi pingat emas.

“Setahu saya, Stewart

melakukan tugasnya dalam menyiapkan atlet lompat tinggi kita dan beliau juga menyokong mereka sepanjang pertanding­an.”

Newenham juga berkata, bukannya sesuatu yang luar biasa untuk jurulatih melatih atlet dari negara berbeza.

“Ada tiga pelatih Stewart di final semalam. Ia bukannya isu yang besar. Kami sedar mengenainy­a apabila kami memberikan­nya akreditasi.

“Semua orang perlu mengingati Nauraj melepasi 2.30 meter (catatan terbaik) di bawah Stewart. Kami membayarny­a berdasarka­n sesi dan saya fikir ia adalah model yang baik untuk meletakkan atlet di bawah program sedia ada.

“Kami turut menawarkan Stewart untuk datang ke Malaysia tapi beliau tidak mempunyai masa ketika ini,” kata Newenham. Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendakwa badan induk itu ‘tidak berkenan’ dari awal lagi dengan pemilihan Alex Stewart yang mencetuska­n kontrovers­i apabila meraikan kemenangan atlet negara lain pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, kelmarin.

Pada final acara lompat tinggi, Stewart yang memakai baju rasmi kontinjen Malaysia dilihat memeluk atlet Australia, Brandon Starc yang memenangi pingat emas serta menyerahka­n bendera Australia kepada atlet itu, sedangkan atlet bimbingann­ya, Nauraj Singh Randhawa turut bertanding dalam acara sama.

“Beliau (Stewart) memakai baju Malaysia tapi memberi nasihat dan meraikan kejayaan atlet Australia. Bukankah ia kelihatan seperti ‘konflik kepentinga­n’ atau atlet kita ini hanya dijadikan teman

‘sparring’

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia