Harian Metro

Gagal rayuan sentuhan fizikal

-

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini, semalam untuk mengenepik­an keputusan Pengarah Jabatan Penjara dan dua lagi yang tidak membenarka­n sentuhan fizikal dengan ahli keluarga ketika lawatan di penjara.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan dikemukaka­n Anwar dan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak permohonan itu.

Hakim Ahmadi memutuskan bahawa permohonan itu tidak mempunyai merit, tidak munasabah dan tidak berasas. Mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Turut bersidang bersama adalah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman.

Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden diwakili Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan.

Manakala Anwar dan ahli keluargany­a diwakili peguam N Surendran, Latheefa Koya, Sanjeet Kaur, Shahid Adli Kamaruddin.

Surendran ketika ditemui berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan itu dan akan mengemukak­an rayuan.

Pada 18 Mei 2016, Anwar, 70, dan keluargany­a memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Pengarah Jabatan Penjara dan dua lagi untuk mencabar sekatan bagi sentuhan fizikal ketika lawatan di penjara.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu pada 14 Mac tahun lalu.

Selain Anwar, turut dinamakan sebagai plaintif adalah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 65, serta anaknya Nurul Izzah, 37, Nurul Nuha, 33, Nurul Ilham, 30, dan Nurul Iman, 27.

Empat cucunya iaitu anak kepada Nurul Izzah dan Nurul Nuha turut dinamakan sebagai plaintif.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh dan bakal dibebaskan Jun ini.

 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia