Harian Metro

Perkemas tugas

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

 PDRM umum pertukaran pegawai kanan berkuat kuasa 14 Mei depan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumka­n 20 pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa pada 14 Mei depan.

Mendahului senarai pertukaran Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Deputi Komisioner Hashim Ali akan bertukar jawatan ke Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Kekosongan jawatan beliau diisi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk M M S Dev Kumar dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, turut bertukar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman ke jawatan Urus Setia KPN (Penyelidik­an dan Pembanguna­n), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Manakala jawatan Salehhudin diambil alih Asisten Komisioner Jauteh Dikun yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundanga­n) Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundanga­n) Sarawak, Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai dinaikkan pangkat kepada Ketua JSJ Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Cawangan Khas II Pahang, Asisten Komisioner Ibrahim Saad pula ditukarkan ke Ketua Cawangan Agensi Penguatkua­saan (Bahagian Perisikan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya.

Asmawati berkata, Asisten Komisioner Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Sabah, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundanga­n) Sabah dan jawatan lamanya akan diambil alih Asisten Komisioner Abd Radzak Abd Ghani yang kini memegang jawatan Bahagian Pentadbira­n Jabatan Pengurusan Sabah.

“Pengarah Keselamata­n (Gred KP52) Universiti Putra Malaysia, Asisten Komisioner Md Zamri Mat Zanu pula ditukarkan kepada Timbalan Ketua Polis Perlis.

“Superinten­dan Perkhidmat­an (Rekod Personel) Cawangan Perkhidmat­an, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superinten­dan Low Kim Piew ditukarkan kepada ACP Task Force Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan sama dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Katanya, pertukaran lain membabitka­n Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superinten­dan Habibi Majinji ke jawatan Penolong Pengarah JIPS (Kesejahter­aan/Organisasi) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus Pematuhan (Zon A) JIPS Bukit Aman, Superinten­dan Thaipul Bahri Mokhtar ditukarkan ke Penolong Pengarah JIPS (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Superinten­dan Inspektora­t Helikopter, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superinten­dan Mohd Shukor Abdul Razak ditukarkan ke Ketua Inspektora­t PGU di jabatan sama memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Sementara itu, Superinten­dan Keselamata­n Penerbanga­n, PGU Jabatan KDNKA Bukit Aman, Superinten­dan Alias Wahab ditukarkan ke jawatan Komander PGU Jabatan KDNKA Pangkalan Sarawak, juga dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

 ??  ?? ASMAWAT I
ASMAWAT I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia