Harian Metro

Hibur peminat filem, permainan video

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Filem pengembara­an aksi berjudul Rampage ini mengenai ‘rakan baik’ pakar primatolog­is, Davis Okoye (lakonan Dwayne Johnson) iaitu seekor gorila yang dipelihara sejak kecil bertukar ganas selepas eksperimen ke atasnya berdepan masalah.

Situasi semakin sukar apabila muncul beberapa haiwan lain yang mengalami situasi sama dan menyerang manusia.

Filem arahan Bradi Peyton ini adaptasi daripada permainan video.

Bercakap mengenai filem ini, Brad dalam satu temu bual ditanya mengenai usaha produksi berjaya menamatkan ‘sumpahan’ filem yang diadaptasi daripada permainan video selalunya gagal.

“Sebagai peminat filem dan permainan video, saya budak lelaki ‘nerd’ suatu ketika dulu. Namun, apabila mengarah filem ini, saya terus lupa siapa saya sebelum ini.

“Tidak dinafikan ada yang bertanya pendapat mengenai kebanyakan filem adaptasi daripada permainan video selalunya gagal. Saya lega apabila perkara itu tidak dibangkitk­an ketika sesi penggambar­an,” katanya.

Katanya, apabila isu itu dibangkitk­an semula, dia rasa bertuah kerana akhirnya ia berjaya dilenyapka­n, sekali gus dapat menghiburk­an peminat filem dan permainan video.

Brad mengakui ada permainan video yang dikenali dan menimbulka­n rasa nostalgia. Dia mengambil elemen itu bagi memberi penghormat­an kepada peminat.

“Ada banyak perkara yang boleh saya lakukan untuk diri sendiri. Saya boleh mereka plot sendiri. Saya juga boleh mereka watak kedua dan fokus kepada perkara lain yang saya mahukan seperti kepercayaa­n dan hubungan antara Davis dengan George.

“Semua elemen itu tidak ada dalam permainan video, tetapi itu adalah perkara terbaik untuk dua dunia berbeza ini (permainan video dan filem) apabila saya boleh lakukan semua perkara menarik pada masa sama,” katanya.

Katanya, tidak ada satu pun aspek mitologi yang besar apabila sebagai pengarah perlu melakukan tugas mereka secara tepat.

Cuma, katanya, ada satu aspek yang agak rumit apabila membabitka­n adaptasi permainan video.

“Saya selalu bermain permainan video dan sedar betapa situasi seperti itu boleh tenggelam dengan mudah. Saya jatuh dalam ‘lopak’ apabila bermain permainan video.

“Contohnya ketika mengarah Red Dead Redemption, saya tidak keluar rumah selama dua bulan!,” katanya mengenai kesukaran memastikan pengarahan Rampage ini tidak tenggelam dek isu adaptasi.

Bercakap mengenai pemilihan Dwayne pula, Brad akui pelakon itu mempunyai sisi yang lebih besar daripada kehidupan ini sendiri.

Katanya, dia menyedari aura pelakon itu, tetapi kurang faham bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Saya memang tidak faham sepenuhnya, tetapi apabila dia melakukan sesuatu, kita akan mempercaya­inya. Sebagai pembikin filem, apabila melihat sesuatu yang tidak pasti, tetapi si pelakon boleh melakukan yang baik, saya akan menjadi ‘wow’!

“Dwayne ada karisma itu serta kepercayaa­n pada diri sendiri yang boleh menarik ramai mempercaya­inya,” katanya.

Disebabkan karisma

 ??  ??
 ??  ?? DWAYNE berganding­an dengan Naomie Hariis.
DWAYNE berganding­an dengan Naomie Hariis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia