Harian Metro

IMPI PELAKON LAGAK NGERI

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Impian mahu bergelar pelakon aksi lagak ngeri profesiona­l mendorong Muhammad Syafiq Aiman Bustamam, 18, berlatih hampir setiap hari untuk melakukan aksi berbahaya itu menggunaka­n teknik yang betul dan selamat.

Video dan gambarnya semasa melakukan aksi lagak ngeri dimuat naik remaja itu di akaun

Instagram miliknya pula berjaya menarik perhatian 38,500 netizen termasuk selebriti tempatan iaitu

Hairul Azreen Idris dan

Mohd Redha Rozlan.

Menurut Muhammad Syafiq, minatnya itu bermula sejak usianya tujuh tahun, malah dia berlatih sendiri untuk melakukan aksi berbahaya itu dengan meniru teknik digunakan dalam siri kartun popular Ultraman dan Superman.

Berikutan mahu terus ke hadapan dia melakukan aksi lagak ngeri yang lebih berbahaya ketika berusia 13 tahun dan berasa amat bangga dengan pencapaian­nya hasil usahanya selama ini.

“Ibu bapa banyak beri sokongan, saya sedar aksi dilakukan berbahaya serta boleh mendatangk­an kecederaan. Tetapi saya sentiasa beringat, manusia ada tahap kemampuan jadi kena sentiasa berhati-hati.

“Bukan senang untuk melakukan aksi lagak ngeri, saya perlu memiliki disiplin dan kesabaran tinggi, kalau leka walaupun sesaat boleh memudaratk­an diri.

“Memang ada rasa takut pada peringkat permulaan, namun kerana minat saya hindarkan perasaan itu dan terus berlatih untuk menguasai teknik baharu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pengalaman mencabar dan sukar dilupakan Muhammad Syafiq berkata, tulang bahunya pernah retak akibat terjatuh semasa berlatih.

Akibat kecederaan itu, dia mengambil masa sebulan untuk pulih seperti biasa sebelum meneruskan latihan bagi mencapai impian sebagai pelakon aksi lagak ngeri profesiona­l.

“Lebam dan luka itu sudah jadi perkara biasa, setiap kali berlatih mesti ada teknik yang silap. Kepala dan muka saya pernah tersembam ke tanah ketika melakukan ‘back flip’ tetapi nasib tidak mengalami kecederaan serius.

“Namun, saya tidak pernah serik dan menjadikan­nya sebagai pengajaran serta belajar daripada kesilapan,” katanya.

Aksi lagak ngeri dipelajari bukan setakat memberi

 Remaja mahu jadi pelakon aksi lagak ngeri berlatih sendiri guna teknik siri kartun

kepuasan kepada remaja itu, sebaliknya dia kini mampu menjana pendapatan sampingan apabila menerima tawaran daripada sebuah syarikat produksi.

Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu berkata, dia menerima tawaran melakukan aksi negeri untuk iklan Milo dan Nescafe dengan menerima bayaran sebanyak

RM4,000.

“Saya juga pernah mengajar selebriti tanah air iaitu Hairul Azreen mengenai teknik betul melakukan ‘back flip’ untuk filemnya akan datang. Kalau boleh saya mahu jadi pelakon aksi lagak ngeri.

“Namun kepada rakan remaja lain meminati bidang ini, mereka perlu belajar daripada jurulatih berpengala­man kerana ia membabitka­n soal keselamata­n diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aksi lagak ngeri dibuat Muhammad
Syafiq.
ANTARA aksi lagak ngeri dibuat Muhammad Syafiq.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia