Harian Metro

Wanita jual dadah selepas suami ditahan polis

-

Peniaga kedai runcit sanggup meneruskan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini selepas ditinggalk­an suami yang kini meringkuk dalam penjara hanya kerana mahu memperoleh pendapatan tinggi hasil daripada ‘perniagaan’ haram itu.

Wanita berusia 30 tahun itu menjadikan kedai runcit di Kampung Kayan, Long Lama di sini, sebagai lokasi membekalka­n syabu penagih di daerah ini selepas suami ditahan polis, Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­dan Sahar Abdul Latif berkata, hasil risikan mendapati suspek bersama dua lagi lelaki masing-masing berusia 43 tahun menjalanka­n kegiatan pengedaran dadah di kawasan berkenaan sejak awal bulan lalu.

Menurutnya, aktiviti haram itu diteruskan wanita terbabit kerana pulangan lebih tinggi memandangk­an harga syabu di kawasan terpencil meningkat sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Beliau berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di rumah tidak bernombor di Kampung Kayan jam 3.30 petang semalam.

“Pemeriksaa­n di bilik di rumah berkenaan menemui bekas makanan yang mempunyai 30 tiub serbuk kristal dipercayai syabu bernilai RM9,000.

“Bekalan dadah yang siap dibungkus itu dijual kepada penagih di Marudi dan kawasan berhampira­n dengan harga mencecah RM250 segram,” katanya.

Sahar berkata, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek disahkan positif methamphet­amin dan mereka ditahan di lokap Balai Polis Sentral Miri.

Katanya, polis percaya suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada pengedar lain di Miri namun siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian pengedaran itu giat dijalankan.

“Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia