Harian Metro

Putri Yasmin

-

“Tiga kisah dongeng ini dekat dengan hati masyarakat khususnya Melayu. Kami memperkena­lkan kembali dengan nafas baru dalam FTV.

“Selain sarat dengan nilai positif dan kekeluarga­an, Suatukala juga padat dengan elemen moden, santai dan komedi agar lebih relevan dengan peredaran zaman,” katanya.

Barangkali penggunaan dialog bahasa Melayu yang santai memberi bonus kepada kanak-kanak untuk memahami dan mengenali tiga kisah dongeng yang pernah menghiasi dunia ibu bapa mereka suatu masa dahulu.

Suatukala dibintangi Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.

Dalam pada itu, Putri Yasmin berkata, Suatukala juga memperliha­tkan gandingan tiga pengarah dari tiga penerbitan berbeza iaitu Merah Putih (Shamyl Othman), Badang (Nik Amir Mustapha) dan Malin Kundang (Edison Cheam) sebagai kelainan.

Katanya, kolaborasi itu memberi peluang kepada ketiga-tiga pengarah untuk menggarap karya mengikut kreativiti masing-masing.

“Penonton bakal melihat gaya pengarahan, jalan cerita dan struktur plot yang pelbagai dalam satu latar atau tema yang sama.

“Ini keunikan yang ditawarkan kepada penonton apabila tiga cerita rakyat popular menjadi satu versi padat, segar dan moden,” katanya.

Katanya, Suatukala turut menyaksika­n pembabitan sutradara Yusry Abdul Halim yang mengetuai pasukan efek khas.

Bagi pelakon Dynas Mokhtar yang memegang watak sebagai Kesuma, penceritaa­n semula tiga kisah dongeng ini mengingatk­an kembali zaman kanak-kanak selain dapat memperkena­lkan cerita terbabit kepada dua anaknya.

“Rasanya anak saya tidak pernah tahu mengenai kisah rakyat ini. Bagaimanap­un, sebagai ibu bapa, ini tugas saya untuk mendidik dan memperkena­lkan kepada mereka mengenai kisah dongeng yang sarat dengan pengajaran dan nilai murni,” katanya.

Suatukala akan ditayangka­n di Astro First Eksklusif (480) bermula esok dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam.

Suatukala sarat nilai kekeluarga­an, padat dengan elemen santai dan komedi

 ??  ?? DYNAS pegang watak Kesuma.
DYNAS pegang watak Kesuma.
 ??  ?? BARISAN tenaga yang menjayakan Suatukala.
BARISAN tenaga yang menjayakan Suatukala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia