Harian Metro

Mahkamah di surau

- Nor Azura Abdul Jalil news@nstp.com.my

Sebuah dewan kecil di Surau Al-Ibtidaiyah, Batu 13, Kampung Simpang Balak di sini, semalam bertukar menjadi kamar bicara Mahkamah Tinggi Syariah bagi perbicaraa­n kes pengesahan tanah wakaf tapak surau itu yang dipohon Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Prosiding itu di jalankan di hadapan Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Husain menggunaka­n Kit Mahkamah Bergerak yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Terdahulu, perbicaraa­n kes diadakan di surau berkenaan susulan pihak MAIS selaku plaintif memanggil dua saksi terdiri warga emas, Anuar Misbah Husin, 76, dan Zainuddin Abd Rahim, 84, yang uzur dan tidak berupaya ke mahkamah.

Ketika ditemui media selepas prosiding, Mohammad Adib berkata, dengan menggunaka­n Kit Mahkamah Bergerak, perbicaraa­n masih boleh diteruskan meskipun membabitka­n warga emas yang uzur.

“Sejak inovasi Kit Mahkamah Bergerak ini diwujudkan, kami sudah beberapa kali turun padang bagi prosiding membabitka­n kes bukan jenayah antaranya permohonan wali hakim, pengesahan nikah, pengesahan wakaf, permohonan cerai dan permohonan poligami.

“Secara langsung MCK ini memudahkan urusan saksi perbicaraa­n yang mempunyai kesukaran untuk bergerak ke mahkamah kerana uzur selain dapat mempercepa­tkan kes mahkamah untuk diselesaik­an,” katanya.

Menurut Mohammad Adib, walaupun prosiding dijalankan di luar mahkamah, perbicaraa­n itu tidak menjejaska­n tumpuan kakitangan mahkamah, peguam dan saksi yang terbabit.

Kit Mahkamah Bergerak yang diperkenal­kan awal tahun

 Dewan kecil bertukar kamar bicara kes tanah wakaf

lalu mengandung­i set peralatan lengkap berfungsi sebagai meja dan kerusi bagi Hakim Syarie, Pembantu Syariah dan Setiausaha Hakim, ruang penyimpana­n fail, tempat meletakkan komputer riba dan alat tulis serta mengandung­i soket wayar elektrik dan peralatan audio.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Pegawai Syariah, Fahimi Mahamad Madani mewakili MAIS manakala peguam syarie, Sa’adiah Din mewakili 10 individu iaitu waris kepada pemilik tapak surau berkenaan selaku defendan.

 ??  ??
 ??  ?? ZAINUDDIN (kiri) pada prosiding perbicaraa­n pengesahan tanah wakaf di Dewan Kecil Surau Ibtidaiyah, Kampung Batu 13, Kajang.
ZAINUDDIN (kiri) pada prosiding perbicaraa­n pengesahan tanah wakaf di Dewan Kecil Surau Ibtidaiyah, Kampung Batu 13, Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia