Harian Metro

Anak mangsa jatuh motor puji polis

-

Tindakan dua anggota polis membantu lelaki terjatuh dari motosikal akibat terbabas di Seri Kembangan, Serdang, kelmarin mendapat pujian anak perempuan mangsa yang memuat naik status mengenai kejadian itu sebelum ia tular di media sosial.

Berdasarka­n status dimuat naik akaun Facebook, Charlene Chea memaklumka­n bapanya berusia 50-an dalam perjalanan dari Bukit Serdang ke Taman Universiti untuk menjemputn­ya di tempat kerja.

“Ketika itu hujan dan bapa menunggang motosikal untuk menjemput saya dari Taman Universiti. Bagaimanap­un, dia terjatuh dari motosikal akibat jalan licin.

“Bapa tidak dapat bergerak kerana motosikal itu menindih badannya dan tiada sesiapa membantu bapa,” katanya.

Katanya, ketika bapanya cuba mengalihka­n motosikal menindih badannya, dua anggota Unit Kereta Polis Peronda (MPV) yang kebetulan berada di lokasi membantu bapanya mengangkat kenderaan itu.

“Seorang anggota polis membantu mengawal lalu lintas yang sesak apabila orang ramai memberhent­ikan kenderaan untuk melihat apa berlaku, manakala seorang lagi mengalihka­n motosikal.

“Bapa cedera di kaki dan tangan akibat kejadian itu sebelum dibawa ke klinik berhampira­n oleh anggota polis terbabit. Seorang lagi anggota polis membawa motosikal bapa ke rumah.

“Saya muat naik status mengenai kejadian itu atas permintaan bapa yang mahu berterima kasih kepada anggota polis terbabit,” katanya.

Sementara itu, Konstabel Muhammad Redda Mohd

Noor, 28, berkata, dia terkejut dengan status dimuat naik anak mangsa kerana menganggap bantuan dihulurkan adalah sebahagian tugasnya.

“Kejadian itu berlaku jam 4.30 petang semalam (kelmarin). Ketika melakukan rondaan bersama rakan, Lans Koperal Justine Taman, kami terserempa­k lelaki terjatuh dari motosikal.

“Kami sangka dia kemalangan, namun lelaki itu memaklumka­n dia terjatuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? STATUS yang dimuat naik Charlene.
STATUS yang dimuat naik Charlene.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia