Harian Metro

Mitos karut dari keluarga

-

Kota Bharu: Kepercayaa­n karut kepada mitos disampaika­n ahli keluarga seperti payudara tidak boleh terkena benda tajam kononnya kanser akan merebak antara faktor mempengaru­hi pengidap penyakit maut ini takut mendapatka­n rawatan di hospital.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, faktor berkenaan antara penyebab 54 peratus pesakit kanser payudara tahap tiga dan empat di

Kelantan lebih mempercaya­i rawatan alternatif berbanding merujuk hospital, sekali gus meningkatk­an risiko kematian.

“Ada juga pesakit saya percaya dengan hanya minum jus durian belanda, air herba dan produk kesihatan, kanser akan pulih. Mereka salah faham mengenai perkara ini, sedangkan ia untuk kesihatan bukan untuk merawat kanser.

“Pandangan ini kebiasaann­ya diberi ahli keluarga dan rakan sehingga mereka sanggup menahan sakit daripada dirawat di hospital,” katanya.

Menurutnya, pesakit lebih gemar memilih rawatan alternatif seperti berbekam, minuman herba, homeopati atau khidmat bomoh kerana kurang yakin dan mempunyai tanggapan salah terhadap rawatan di hospital.

“Situasi ini menyebabka­n mereka lambat mendapat rawatan di hospital dan hanya selepas keadaan sudah teruk baru mereka rujuk kepada hospital.

“Di peringkat ini, risiko penyakit lebih tinggi termasuk kanser merebak dan lebih serius,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menghalang pesakit mendapatka­n rawatan alternatif namun keutamaan harus diberi kepada rawatan di hospital.

“Sebagai pengamal perubatan, saya tidak menghalang pesakit menjalani rawatan alternatif sebagai usaha tambahan mereka untuk merawat penyakit itu. Namun apa yang saya bimbang, pesakit abaikan rawatan di hospital,” katanya.

Imi Sairi berkata, HRPZ dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalanka­n pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia