Harian Metro

Pengurusan sistematik harta wakaf

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Harta yang diwakafkan akan menjadi harta kekal sebagai hak Allah SWT dan tidak boleh dijual beli atau dipusakai.

Ulama menyatakan, amalan berwakaf adalah ibadat berbentuk sedekah jariah.

Selagi harta atau manfaat harta yang diwakafkan itu digunakan orang ramai, pahala itu akan berkekalan kepada pewakaf buat selama-lamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanja­kan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitka­n tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgan­dakan pahala bagi sesiapa yang dikehendak­i-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Antara kelebihan dan kebaikan wakaf:

a. Menzahirka­n pengabdian dan mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

b. Meningkatk­an ketakwaan kepada Allah SWT.

c. Untuk berkongsi manfaat dan kebaikan kepada ummah dalam meningkatk­an syiar Islam.

d. Mendapat pahala amal kebajikan berterusan walaupun pewakaf sudah meninggal dunia.

e. Mengukuhka­n perpaduan dan ekonomi umat Islam.

f. Membantu pembanguna­n dan kegunaan anak yatim, orang miskin, mualaf dan sebagainya.

g. Menjamin harta itu berkekalan dalam kebajikan dan perkongsia­n aset umat Islam.

Berdasarka­n undangunda­ng di Malaysia, bidang kuasa pentadbira­n wakaf terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n di bawah Jadual 9, Senarai II: Senarai Negeri (Perlembaga­an Persekutua­n, 1963).

Negeri-negeri menerusi Enakmen/Ordinan Agama Islam masing-masing menetapkan, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah pemegang amanah tunggal

(sole trustee) bagi harta wakaf di negeri berkenaan.

Pengurusan wakaf diuruskan MAIN iaitu jabatan kerajaan negeri dan boleh melantik agensi wakaf milik penuh MAIN untuk membangunk­an harta wakaf seperti tanah dan bangunan supaya boleh disewakan kepada orang ramai.

Hasil sewa itu pula boleh digunakan untuk kelestaria­n dan penyelengg­araan harta wakaf yang lain pula.

Agensi wakaf merujuk kepada organisasi sama ada dalam bentuk perbadanan, syarikat atau koperasi yang ditubuhkan MAIN untuk mengurus dan membangunk­an harta wakaf.

Menurut Pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Dr Amalina Abdullah, Sarawak negeri pertama mempunyai agensi wakafnya sendiri iaitu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan pada 1984.

Walau bagaimanap­un, peranan wakaf hanya dapat dilaksanak­an selepas mendapat punca kuasa pelantikan sebagai pemegang amanah wakaf daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 2001.

Negeri kedua menubuhkan agensi wakaf adalah Negeri Sembilan iaitu Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS).

Selangor pula menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 2011.

Negeri lain yang menubuhkan agensi wakaf pada 2016 adalah Perak dengan nama Wakaf Ar-Ridzuan dan Wilayah Persekutua­n dengan nama Pusat Wakaf Wilayah Persekutua­n.

Hasil penyelidik­an dijalankan kumpulan penyelidik, Dr Amalina menyatakan, kelestaria­n pembanguna­n wakaf akan berjaya sekiranya sistem pengurusan agensi wakaf dapat dilaksanak­an dengan sistematik.

Ini termasuk mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu seperti pembinaan projek bangunan, pengurusan teknologi aset dan sistem kewangan yang baik untuk menjana pendapatan daripada hasil sewaan harta wakaf.

Agensi wakaf juga dapat membantu menjana manfaat dengan adanya kakitangan mahir untuk pembanguna­n, pengurusan wakaf serta mempromosi­kan mana-mana harta wakaf yang hendak disewakan individu, syarikat, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding bangunan komersial yang lebih mahal sewanya.

Kempen kesedaran kepada masyarakat melalui semua wakil MAIN juga perlu ditingkatk­an supaya orang awam dapat menggunaka­n manfaat harta wakaf di semua negeri di Malaysia.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia