Harian Metro

REMAJA DICULIK ANGKARA GADUH FB

Remaja trauma diculik selepas bergaduh dalam media sosial

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@nstp.com.my

“Kami dah berkawan lama, tak sangka dia sanggup buat macam ini,” kata remaja yang mengalami ‘mimpi ngeri’ selepas diculik di Jalan Kamaruddin di sini, sebelum ditinggalk­an bersendiri­an di tepi jalan di Marang, lebih 20 kilometer dari tempat kejadian, tengah malam kelmarin.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Lin,

19, berkata, dia menapak lebih sejam sebelum terjumpa seorang pengawal keselamata­n di Bukit Kor, Marang.

“Saya ditinggalk­an di tempat tiada orang, gelap dan di tepi semak ...... Malah ada mendengar orang kata tempat itu ada harimau dan beruk liar besar.

“Mujur tiada apa-apa yang berlaku kepada saya. Bagaimanap­un, sampai sekarang saya masih menggigil dan trauma apabila teringat diperlakuk­an begitu,” katanya di rumahnya di Kampung Wakaf Che Kapor di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan suspek mengenali antara satu sama lain lebih setahun lalu di laman sosial, Facebook.

“Malah, dia selalu datang ambil saya di rumah untuk keluar berjalan-jalan. Pendek kata, kami sangat akrab seperti adik-beradik,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, dia dan dua rakan serta seorang lagi kenalan mengunjung­i Ekspo Terengganu 2018 sebelum ke Pantai Batu Buruk.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba pemandu kereta yang saya naiki membelok ke Jalan Pusara sebelum dihadang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

“Dua perempuan keluar dari kereta itu (Grand Livina) dan saya nampak mereka memakai penutup muka serta menarik saya hingga terjatuh.

“Di dalam kereta, terdapat dua lelaki yang juga memakai penutup muka. Seorang daripada me- reka tutup muka dan ikat tangan serta kaki saya. Wa- laupun memakai penutup muka, saya boleh cam (suspek). Lagipun, saya cuma bergaduh dengan dia saja di Facebook,” katanya.

Ditanya punca perbalahan antara mereka, Lin berkata, ia disebabkan satu laporan polis yang dibuat kakaknya kerana suspek membuat fitnah terhadap keluargany­a.

“Bukan setakat mengata saya, dia (suspek) juga melemparka­n fitnah terhadap kakak, ibu dan bapa saya.

“Bila kakak buat laporan polis dua minggu lalu, dia tak puas hati tapi saya tak sangka dia bertindak menculik saya dan sanggup pula menyewa kereta semata-mata ingin melakukan jenayah itu,” katanya.

Dalam kejadian tengah malam kelmarin, seorang wanita berusia 26 tahun berpakat dengan enam rakannya menculik remaja perempuan berusia 19 tahun akibat tidak berpuas hati kerana dikecam di Facebook sebelum mangsa ditinggalk­an bersendiri­an di tepi jalan di Marang, lebih 20 kilometer dari tempat kejadian.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ?? LIN (bukan nama sebenar) ditemu bual selepas diculik di Kampung Wakaf Che Kapor, Kuala Terengganu. Gambar kecil, tujuh individu dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk permohonan reman.
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK LIN (bukan nama sebenar) ditemu bual selepas diculik di Kampung Wakaf Che Kapor, Kuala Terengganu. Gambar kecil, tujuh individu dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk permohonan reman.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia