Harian Metro

Dua penyamun pulang kad SIM

-

Penampang: Dua penjenayah sempat memulangka­n semula kad SIM selepas menyamun telefon bimbit seorang lelaki di kawasan tapak pembinaan berhampira­n sebuah pasar raya di Putatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.21 petang itu, mangsa mandi di kawasan tapak pembinaan terbabit bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, tidak lama selepas itu, mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali lalu menghunus sebilah parang ke rusuk mangsa dan mengambil telefon bimbitnya.

“Selepas merampas telefon bimbit mangsa, suspek memulangka­n semula kad

SIM pada telefon bimbit itu kepada mangsa lalu beredar.

“Sebaik suspek tiada di lokasi, mangsa bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Haris berkata, hasil risikan dan maklumat yang dikumpul, polis kemudian menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan, semalam.

“Pemeriksaa­n mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunaka­n

senjata.

 ??  ?? MOHD Haris
MOHD Haris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia