Harian Metro

Cegah kanser payudara

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) 2017 bertujuan mewujudkan dan meningkatk­an kesedaran kepentinga­n pemeriksaa­n sendiri payudara melabuhkan tirai dengan kutipan dana sebanyak RM25,000 untuk diserahkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Kempen anjuran Southern Lion Sdn Bhd itu antara lain untuk memperkasa­kan wanita bagi menjaga kesihatan mereka dengan melakukan pemeriksaa­n payudara sendiri setiap kali mandi.

Sebagai sebahagian daripada kempen, syarikat itu berikrar untuk mendermaka­n

10 sen kepada NCSM menerusi jualan rangkaian menyeluruh cecair buih mandian yang merangkumi Shokubutsu Fresh Shower Foam, Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Shokubutsu Active Guard AntiBacter­ial Body Wash.

Dilancarka­n pada 10 Oktober 2017, kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) 2017 adalah kesinambun­gan kepada inisiatif yang dilancarka­n pada 2015 dengan menyeru wanita Malaysia untuk melakukan pemeriksaa­n sendiri payudara demi orang tersayang melalui kempen ‘PledgetoSe­lfCheck During Shower’.

Tahun ini, wanita bukan sahaja digalak melakukan pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi, malah digesa untuk mengutamak­an insan tersayang sebagai sebab utama bagi pemeriksaa­n secara berkala kerana kanser payudara juga boleh menjejaska­n kehidupan keluarga serta rakan.

Antara acara utama yang diadakan adalah taklimat kesedaran kanser payudara, demonstras­i cara pemeriksaa­n sendiri payudara serta konsultasi percuma pada hari pelancaran kempen.

Pekerja di Southern

Lion mempelajar­i cara memeriksa payudara sendiri supaya mereka juga boleh mempengaru­hi orang di sekeliling untuk mengambil berat mengenai kesihatan masingmasi­ng.

Selain itu, faedah tambahan juga diberikan oleh NCSM dengan pemeriksaa­n mamogram percuma bagi semua pekerja wanita Southern Lion serta isteri pekerja lelaki berumur 40 tahun dan ke atas di Columbia Asia Nusa Jaya dan Pusat NCSM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Pemasaran, Bahagian Penjagaan Diri Southern Lion Jackie Low, pihaknya berharap agar dapat meneruskan usaha meningkatk­an kesedaran bagi kanser pembunuh utama dalam kalangan wanita Malaysia.

Turut hadir Pengarah Urusan, Southern Lion Tatsuya Horiuchi, Ketua Klinik Saringan Kesihatan & Kanser NCSM Dr Dalillah Kamaruddin dan Penolong Pengurus Projek NCSM, Rozita Abu Hashim.

Dalam pada itu Dr Dali llah berkata, pemeriksaa­n payudara sendiri yang kerap membantu wanita untuk mengenal pasti sebarang tanda perubahan yang mencurigak­an supaya tindakan segera boleh diambil di peringkat awal.

“Dalam kes sebegini, mereka boleh mendapatka­n rawatan pada peringkat paling awal. NCSM berbangga bekerjasam­a dengan Southern Lion sepanjang kempen ini untuk menyebarka­n mesej dengan lebih meluas bagi membantu wanita serta orang yang tersayang agar dapat menikmati hidup berkualiti dan lebih sihat bersama,” katanya.

 ??  ?? KEMPEN Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) 2017 adalah kesinambun­gan kepada inisiatif yang dilancarka­n pada 2015.
KEMPEN Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) 2017 adalah kesinambun­gan kepada inisiatif yang dilancarka­n pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia