Harian Metro

Pemakanan lebih kepada protein

-

DARI MUKA 15

“Disebabkan keadaan badan yang besar ketika itu saya berasakan banyak kesukaran dalam melakukan aktiviti dalam kehidupan. Pemeriksaa­n darah yang dibuat juga didapati kandungan kolesterol yang agak tinggi.

“Untuk mengelak keadaan ini berterusan, saya buat keputusan mengubah cara hidup. Doktor juga menyaranka­n saya mengurangk­an berat badan dan menguatkan semula otot tubuh.

Dari situ, saya terpaksa menyertai aktiviti sukan dan mengawal pemakanan untuk terus sihat,” katanya.

Meskipun bersyukur dengan kemenangan tidak disangka itu, dia tidak langsung menyasarka­n untuk mendapat tempat pertama.

Baginya, dia hanya perlu fokus kepada pengambila­n makanan sihat dan seimbang selain mengikuti jadual latihan yang sudah ditetapkan serta melakukan senaman dengan cara betul.

Di samping itu, katanya, dia juga melakukan riadah sendiri sekiranya tidak terbabit dalam program dengan bermain badminton dua kali seminggu dan berjoging lima kilometer (km) seminggu.

Menurut Mohd Zullaimy, setiap hari dia memastikan pemakanann­ya lebih kepada protein selain wajib melakukan aktiviti senaman selama sejam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan mengelakka­n pengambila­n makanan tinggi garam, gula dan minyak berlebihan.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Alina Norhaida Mohammad Ramly, 37, meraih kemenangan dengan penurunan berat sebanyak 10kg dan lemak badan

7.3 peratus sepanjang 12 minggu program berlangsun­g. Kemenangan itu membolehka­n masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.

Alina berkata, dia menyertai program itu bukan untuk mengejar kemenangan sebaliknya mahu mendapat sedikit ilmu yang betul mengenai amalan pemakanan sihat.

Namun, katanya, video mengenai anak

Syria yang kelaparan akibat krisis di negara itu, situasi anak Palestin yang tidak cukup makan sering menghiasi laman Facebookny­a turut menjadi inspirasin­ya untuk berubah.

“Bayangkan melihat kekuatan mereka tanpa makanan dalam situasi seharian yang amat sukar, ia secara tidak langsung turut mendorong saya untuk berjihad terhadap diri saya sendiri dalam mengawal nafsu makan hingga berjaya menjadi pemenang.

“Kesedaran datang kira-kira dua bulan sebelum hari lahir saya. Saya terfikir ada tak perkara baru atau pencapaian peribadi yang boleh dilakukan apabila menginjak umur.

“Mempunyai anak yang semakin membesar juga membuat saya bertekad mahu menukar gaya hidup agar dapat menjadi contoh yang baik kepadanya. Sebagai ibu saya rasa bertanggun­gjawab memberi pendedahan dan didikan mengenai isu ini kepada anak,” katanya.

Menurut Alina, tiada rahsia tertentu yang diamalkan sebaliknya setiap hari akan dimulakan dengan segelas air masak apabila bangun dari tidur.

Katanya, sebagai orang yang ‘suka makan’ sebelum ini, dia masih menikmati nasi cuma dalam kuantiti yang lebih kecil dan melebihkan sayuran hijau.

Adakalanya dia turut berpuasa sunat Isnin dan Khamis selain menukar kebiasaan mengunyah jajan dan biskut kepada pilihan kekacang dan buah-buahan.

“Dari segi senaman saya masih mengamalka­n konsep senaman dan rehat bagi memberi peluang tubuh untuk pulih dari apa-apa kesakitan secara semula jadi.

“Sesekali saya menyertai maraton dan juga ahli kelab pelari

KLCC (KLCCRG) yang memanfaatk­an hari bebas kenderaan Kuala Lumpur setiap bulan untuk acara larian beramai-ramai,” katanya.

 ??  ?? NG (depan dua dari kanan) bersama pemenang dan semua peserta program.
NG (depan dua dari kanan) bersama pemenang dan semua peserta program.
 ??  ?? Peserta juga akan mempelajar­i teknik senaman supaya ia boleh dilakukan sendiri di rumah atau di luar selepas program tamat
Peserta juga akan mempelajar­i teknik senaman supaya ia boleh dilakukan sendiri di rumah atau di luar selepas program tamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia