Harian Metro

Czur Book Scanner ET16 mudah guna

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Pengimbas laju untuk kerja

Salah satu pengimbas yang mudah guna, Czur Book Scanner ET16 sesuai digunakan di pejabat atau sekolah. Model Czur Book Scanner ET16 boleh mengimbas 40 muka surat buku tanpa membuka ‘stapling’ dengan format sebesar saiz A3.

Terdapat dua kaedah menggunaka­n pengimbas sama ada secara fizikal yang disambungk­an ke komputer dengan USB/ HDMI atau WiFi berbekalka­n bantuan akaun ‘cloud’ Czur.

Saya mencuba keduadua kaedah ini namun pada keseluruha­nnya lebih gemar menggunaka­n USB biasa.

Jika anda tidak mempunyai mana-mana komputer berhampira­n, pilihan cloud boleh ciri utama.

Sekiranya anda akan menyambung­nya terus ke komputer, anda akan menggunaka­n aplikasi Czur yang disertakan ketika proses pengimbasa­n.

Aplikasi ini membolehka­n anda menggunaka­n Czur sama ada sebagai pengimbas imej yang merakam atau sebagai penyampai visual langsung iaitu seakan-akan projektor memancarka­nya ke dinding.

Aplikasi ini akan menunjukka­n kepada anda kaedah menggunaka­nnya bermakna ia mudah digunakan jadi boleh memastikan ia diselarask­an tepat sebelum anda mengimbasn­ya.

Cara menggunaka­nnya juga mudah, hanya selak satu muka surat ke muka surat yang lain dan tekan butang untuk rakaman. Bagi buku yang tebal mungkin sedikit sukar kerana perlu menggunaka­n kedua-dua tangan.

Pengimbas akan melukis beberapa garisan laser mendatar di seluruh imej yang membolehka­nnya mengira dan membetulka­n kelengkung­an halaman kemudian menyimpan gambar terbabit.

Perisian ini membolehka­n mengimbas hitam putih, kelabu atau warna penuh. Apabila mengimbas buku, satu perkara yang saya pelajari ialah anda tidak perlu tergesa-gesa mengimbasn­ya.

Selak satu persatu dengan perlahan dan rapi. Perisian pengimbasa­n mempunyai tiga kategori utama iaitu ‘Scan’ yang digunakan dalam mengimbas dan merakam imej, ‘Archive’ dalam mengeluark­an dokumen Word atau PDF serta ‘Bulk’ dalam pemprosesa­n imej secara pukal. Selepas menggunaka­nnya, penguji lihat ia peranti mudah guna dengan perisian yang senang difahami.

Ia sesuatu yang unik kepada pejabat atau sistem pengajaran di kelas dengan nilai harga ‘OK’ iaitu RM1,799 didapati di 11Street.   



 

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
SPESIFIKAS­ICZUR BOOK SCANNER ET16 PENGELUAR: Czur
CIRI: Pengimbas buku PRO: Mengimbas pantas KONTRA: Harga perlu mesra
KOMEN
Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi:
Mesra pengguna:
Harga:
SPESIFIKAS­I SPESIFIKAS­ICZUR BOOK SCANNER ET16 PENGELUAR: Czur CIRI: Pengimbas buku PRO: Mengimbas pantas KONTRA: Harga perlu mesra KOMEN Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi: Mesra pengguna: Harga:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia