Harian Metro

Mourinho gusar pemain lambat terima kontrak baru

-

London: Jose Mourinho dipercayai tidak gembira dengan tempoh lama yang diambil Manchester United untuk menawarkan kontrak baharu kepada barisan pemainnya.

Kedua-dua wakil penyerang, Anthony Martial dan Marcos Rojo mengadakan perbincang­an dengan United pada Disember tetapi masih belum ada kata putus mengenainy­a selepas lebih dua bulan ia berlalu.

Kontrak kedua-dua pemain itu di Old Trafford akan berakhir pada penghujung musim depan dan sekali pun United mempunyai pilihan untuk melanjutka­n perjanjian Martial selama 12 bulan, pengurus dari Portugal itu bimbang mengenai penangguha­n itu.

Selain Martial dan Rojo, Juan Mata, Ander Herrera, Luke Shaw, Ashley Young dan Daley Blind juga berdepan masa depan yang samar selepas United mengaktifk­an lanjutan kontrak mereka selama setahun sehingga 2019 tanpa bersetuju dengan perjanjian baharu.

Kegagalan United untuk memberikan terma baharu kepada Marouane Fellaini dipercayai menjadi antara punca pemain Belgium itu menolak tawaran baharu selepas kontraknya berakhir musim panas ini.

Mourinho dikatakan bimbang situasi itu mencipta suasana yang ‘buruk’ di dalam skuadnya yang diisi beberapa pemain menerima gaji mewah seperti Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovi­c, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Martial dan Rojo memperoleh sekitar £70,000 (RM382,174) seminggu dan kedua-duanya meminta untuk peningkata­n gaji tetapi kedua-dua wakil mereka masih belum menerima tawaran daripada Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward atau Ketua Kewangan Korporat, Matt Judge yang bertindak menjaga lanjutan kontrak.

Martial yang sebelum ini diminati Real Madrid, Tottenham dan Arsenal dikatakan merasa dirinya dibayar dengan gaji rendah oleh United dengan penangguha­n perbincang­an itu membuatkan­nya terpaksa menangguhk­an hasratnya untuk membeli kediaman baharu.

Rojo, 27, pula dikaitkan dengan perpindaha­n bernilai £30 juta (RM163.79 juta) ke Paris Saint-Germain menuju 16 bulan terakhirny­a di Old Trafford sejak menyertai Sporting Lisbon pada 2014.

Gaya permainan pertahanan Argentina itu diminati Mourinho tetapi dia terlepas empat perlawanan terakhir United susulan kecederaan sejak kembali bermain pada November lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia