Harian Metro

Swans singkir Sheffield, mara suku akhir

- AFP

London: Swansea mara ke peringkat suku akhir Piala FA dan dijadual bertemu sama ada Tottenham Hotspur atau Rochdale ketika pengurus, Carlos Carvalhal menewaskan kelab lamanya Sheffield Wednesday 2-0 pada aksi ulangan pusingan lima, awal pagi semalam.

Carvalhal sebelum ini dipecat oleh Sheffield pada malam Krismas lalu selepas dua setengah tahun mengemudi kelab berkenaan dengan aksi pertama di laman lawan, dua minggu lalu berakhir tanpa jaringan.

Pada aksi pertama lalu, beliau berkata dia lebih rela pertembung­an itu ditentukan menerusi penalti berbanding perlawanan ulangan dengan kemenangan memberikan Swansea kemaraan pertama ke suku akhir Piala FA sejak 1964.

Menjadikan misi kekal di Liga Perdana Inggeris sebagai keutamaan, Swansea membuktika­n kekuatan mereka sekali pun menyenarai­kan barisan kedua menentang kelab Liga Kejuaraan itu.

Begitupun, selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Carvalhal melakukan dua pertukaran pada babak kedua dengan pemain gantian, Jordan Ayew memecah kebuntuan gol pada minit ke-55.

Nathan Dyer kemudian menamatkan perjuangan Sheffield 10 minit sebelum perlawanan tamat apabila menyumbat masuk bola hantaran Tammy Abraham.

Spurs akan menanti kunjungan Rochdale bagi tempat ke peringkat lapan terakhir di Wembley, awal pagi esok. - AFP

London

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengagumi kesetiaan Arsene Wenger di Arsenal tetapi pengendali dari Sepanyol itu enggan mengikuti jejak rakan sejawatnya itu.

Selepas menjuarai Piala Liga dengan kemenangan 3-0 di Wembley, Isnin lalu, City sekali lagi bertemu Arsenal dalam tempoh lima hari pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Jumaat ini.

Satu lagi kemenangan buat City jelas meningkatk­an tekanan buat Wenger yang sudah mengendali­kan kelab dari London itu selama 22 tahun malah mungkin terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada Emirates pada penghujung musim.

Berbeza dengan Wenger, Guardiola sedang mengharung­i kempen mengujakan pada musim keduanya di Etihad dan berpeluang mencabar dua lagi trofi, EPL dan Liga Juara-Juara.

“Tiada peluang langsung,” kata Guardiola ketika menjawab pertanyaan sama ada dia berfikir untuk menyamai rekod Wenger. “Ia tidak akan berlaku kerana saya tidak akan menjadi jurulatih dalam tempoh 20 tahun lagi.

City ketika ini memiliki kelebihan 13 mata di puncak liga dan sudah meletakkan sebelah kaki ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara susulan kemenangan besar 4-0 ke atas Basel pada aksi pertama peringkat 16 terbaik sebelum ini.

Arsenal pula ketika ini terpaksa berdepan cabaran besar hanya untuk kembali melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila berada di tangga keenam liga dan ketinggala­n 10 mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia