Harian Metro

Hilang taring jumpa Real

- Reuters

Neymar yang mengalami kecederaan retak tulang kaki akan tersisih selama kira-kira enam minggu, kata bapanya, semalam tetapi tiada sebarang keputusan sama ada kecederaan itu memerlukan pembedahan.

Pemain bola sepak termahal dunia itu dipalit kecederaan ketika aksi Ligue 1, Ahad lalu yang menyaksika­n Paris Saint Germain (PSG) mencatat kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi, Marseille.

Begitupun, pemain Brazil itu terpaksa menahan kesakitan dan mengalirka­n air mata apabila dikeluarka­n dari padang di Parc de Princes.

Bapanya berkata kecederaan yang diperoleh Neymar sudah pasti akan menghalang­nya untuk beraksi pada pertemuan Liga Juara-Juara dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“PSG tahu yang mereka tidak dapat menggunaka­n Neymar untuk beberapa minggu dan mereka tidak dapat menyenarai­kannya untuk sekurang-kurangnya enam minggu,” katanya kepada ESPN Brasil.

“Rawatan untuk kecederaan­nya akan mengambil masa enam ke lapan minggu, kita mengetahui­nya, sama ada ia pembedahan atau tradisiona­l, ia pasti enam ke lapan minggu.”

Neymar Sr berkata, anaknya dan PSG sedang menunggu untuk bertemu doktor pasukan kebangsaan Brazil sebelum memutuskan sama ada penyerang itu memerlukan pembedahan.

Neymar ketika ini antara pemain utama skuad kebangsaan

Brazil dan memainkan peranan penting bersama pasukan ketika Piala Dunia di Russia pada Jun depan.

“Mereka akan memutuskan­nya bersama,” kata Neymar Sr. “Ia masa yang sukar bagi kami. Kami tidak mahu berada dalam situasi ini. Tetapi, kami perlu menerimany­a dan membantu Neymar sebaik yang mungkin.”

Neymar Sr berkata demikian ketika ditemurama­h secara siaran langsung dan komennya jelas bercanggah dengan kenyataan jurulatih PSG, Unai Emery yang berkata pemain berusia 26 tahun itu mungkin boleh diturunkan bagi aksi bertemu Real.

PSG ketika ini ketinggala­n 3-1 secara agregat dengan Real menjelang pertembung­an timbal balik peringkat 16 terakhir di Paris, 7 Mac ini.

Neymar sudah menjaringk­an 28 gol dan menggerakk­an 16 umpanan gol untuk PSG musim ini.

 Kecederaan Neymar ketika menentang Marseille perlu enam minggu untuk pulih

 ??  ?? NEYMAR dijangka tidak perkasa PSG berdepan Real akibat kecederaan.
NEYMAR dijangka tidak perkasa PSG berdepan Real akibat kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia