Harian Metro

15 Mac sebutan kes Khalid Samad

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula kes saman fitnah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Abdul Samad terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Prof Datuk Mahamad Naser Disa.

Saman fitnah itu membabitka­n pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Tarikh itu ditetapkan selepas kes disebut semula di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Rohani Ismail di sini.

Khalid sebagai plaintif diwakili peguam Mohd Faizal Abdullah manakala Mahamad Naser diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri.

Khalid memfailkan saman itu pada 11

Disember tahun lalu terhadap Mahamad Naser yang didakwa ada mengucapka­n perkataan fitnah terhadapny­a.

Berdasarka­n penyata tuntutan terpindany­a, Khalid mendakwa defendan berbuat demikian ketika berucap di dalam seminar bertajuk “Wacana Isu Semasa dan Perundanga­n Peringkat Negeri Selangor: Doktrin: Cabaran &

Perlembaga­an” anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, jam 9.50 pagi, 28 September tahun lalu.

Plaintif mendakwa perkataan itu kemudian dirakam dan dimuat naik ke laman media sosial ‘ismaweb’ dan boleh dilihat orang ramai sehingga hari ini.

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu adalah tidak berasas, tidak benar, berniat jahat serta merosakkan reputasi dan nama baiknya di kalangan masyarakat umum.

Khalid mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau menentang pembentang­an RUU 355 dan pemimpin yang menentang pelaksanaa­n hukum syarak termasuk hukum hudud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia