Harian Metro

Nyaris ‘ditelan’ tanah jerlus

- Azahar Hashim news@nstp.com.my

 Lelaki tolak adik selamatkan diri selepas motosikal tenggelam dalam lubang

“Nasib baik saya tidak panik dan sempat menolak adik daripada tenggelam dalam tanah jerlus itu.

“Saya kemudian memijak motosikal yang sebahagian­nya termasuk ke dalam tanah untuk menyelamat­kan diri,” kata A Arvin, 23, mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Serindit, Taman Tunku Putra di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi, Arvin berdepan detik cemas selepas motosikal Honda EX5 dinaiki bersama adik lelakinya, A Vashistan, 18, termasuk ke dalam lubang sedalam lebih 2.5 meter (m) di jalan berkenaan dipercayai akibat tanah jerlus.

Lubang itu dikatakan terbentuk selepas tanah jerlus akibat paip air pecah di laluan berkenaan.

Menceritak­an kejadian, Vashistan berkata, sebelum kejadian, dia dalam perjalanan menghantar Vashistan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chio Min, di sini.

Menurutnya, sebelum tiba di lokasi, dia melihat sebuah bas kilang terkandas di tengah jalan dengan tayar hadapan sebelah kanan kenderaan itu tenggelam di dalam lubang dipenuhi air.

“Saya sangka mungkin tayar bas itu hanya masuk lubang kecil saja. Saya nampak dua lelaki di bahu jalan memeriksa keadaan bas itu.

“Saya ambil keputusan melalui bahagian sebelah kanan bas, namun tiba-tiba motosikal kami pula termasuk dalam lubang besar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Arvin berkata, sebelum tenggelam, dia sempat menolak adiknya untuk berpaut pada tebing tanah manakala dia cuba memanjat motosikaln­ya untuk naik.

“Dalam beberapa saat saja saya tenggelam dan air cecah paras leher. Saya memijak motosikal dan melonjakka­n badan ke permukaan air sebelum diselamatk­an dua lelaki yang saya lihat sebelum itu,” katanya.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan yang mahu dikenali sebagai Magen, 39, berkata, ketika kejadian, bas yang membawa 12 pekerja dalam perjalanan ke sebuah kilang di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Memang nampak air penuh atas jalan, tapi saya tak sangka pula ada lubang besar di laluan itu kerana kali terakhir saya lalu jalan itu pada 8.30 malam (kelmarin), ia masih elok,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bas kilang yang tersangkut selepas tayar hadapan terperosok dalam tanah jerlus di Jalan Serindit, semalam.
KEADAAN bas kilang yang tersangkut selepas tayar hadapan terperosok dalam tanah jerlus di Jalan Serindit, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia