Harian Metro

Mat Nepal punya pukulan

- Mohamad Fahd Rahmat am@hmetro.com.my

 Wanita dua anak jadi pendatang haram selepas pasport dilarikan bekas teman lelaki

Wanita ini bukan saja terkandas di Kathmandu, Nepal malah direkodkan sebagai pendatang haram sejak tujuh tahun lalu.

Noorzailia Esammuddin, 30, terkandas selepas tidak dapat pulang ke negara ini apabila pasportnya dilarikan bekas teman lelakinya yang juga warga Nepal dikenali sebagai Adam, 30.

Menurut bapa saudaranya, Khairul Anuar Md Salleh, 34, situasi bertambah sukar apabila hasil hubungan terlarang antara Noorzailia dan Adam, masa depan dua anak lelaki mereka berusia enam dan tiga tahun kini kelam.

Dua anak kecil ini tidak mempunyai rekod kelahiran sekali gus menyebabka­n status warganegar­a mereka diragui dan berkemungk­inan diklasifik­asikan sebagai persona non grata (tidak di- kehendaki, tidak dialu-alukan).

“Kami kehilangan jejak Along setahun dan terkejut apabila dia menghubung­i kami memaklumka­n dia terkandas di Nepal kerana pasportnya dilarikan teman lelakinya bernama Adam.

“Memang kami marah dan kecewa dengan tindakanny­a sedangkan dia ada anak lelaki sulung yang ditinggalk­an untuk dijaga ibunya, (Noraini Md Salleh, 47).

“Tetapi nasi sudah jadi bubur, apa yang penting kami sudah memaafkann­ya dan simpati dengan nasibnya. Kami mahu dia pulang dengan selamat ke Malaysia bersama anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata,

sekurang-kurangnya RM80,000 diperlukan bagi membawa pulang anak sulung daripa da 11 beradik itu berikutan kerajaan Nepal mengenakan denda RM30 sehari kerana kegagalan memperbaha­rui visa sejak tamat tempoh.

Malah, ia tidak termasuk kos untuk proses dokumentas­i dua cucu saudaranya dan kos pengangkut­an ke negara ini.

Dalam pada itu, Noraini berkata, ahli keluarga termasuk anak sulung Noorzailia, Hanif Faizal Dzaifullah Abdul Rahman, 9, menanggung rindu dan risaukan keselamata­nnya.

“Kami semua rindukan Along. Kami harap dia dapat pulang dan ada pihak yang dapat membantu membawanya kembali ke negara ini,” katanya.

 ??  ?? NORAINI dan Hanif Faizal menunjukka­n gambar Noorzailia bersama dua anaknya yang terkandas di Kathmandu sejak tujuh tahun lalu.
NORAINI dan Hanif Faizal menunjukka­n gambar Noorzailia bersama dua anaknya yang terkandas di Kathmandu sejak tujuh tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia