Harian Metro

PINTU LUAS ‘JUDI HALAL’

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Berselindu­ng di sebalik kelab sukan dan restoran bagi mengaburi mata masyarakat, pusat perjudian berlesen di ibu kota dikesan melanggar peraturan ditetapkan dengan membenarka­n orang Islam memasukiny­a.

Malah, pusat judi eksklusif itu dikesan dipenuhi 90 peratus orang Islam biarpun syarat lesen dikeluarka­n pihak berkuasa dengan jelas mengatakan sebaliknya.

Untuk rekod, premis itu hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga 2 pagi pada hari biasa manakala jam 12 tengah hari hingga 3 pagi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, tetapi mereka beroperasi 24 jam sehari.

Berdasarka­n aduan orang ramai, Skuad Khas Harian Metro digerak meninjau pusat judi eksklusif itu yang sebahagian besarnya terletak di lokasi strategik di ibu kota seperti di Brickfield­s, Bangsar, Jalan Tun Razak, Jalan Imbi, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Ipoh, Jalan Conlay, Cheras dan Taman Sri Rampai.

Di Selangor pula ada puluhan premis judi eksklusif seperti di Ampang, Subang Jaya, Serdang, Shah Alam, Klang dan Gombak.

Hasil tinjauan dilakukan di 10 daripada 28 pusat judi eksklusif itu mendapati papan kenyataan yang memaparkan larangan orang Islam tidak dibenarkan masuk di pintu utama itu hanyalah sekadar hiasan.

Jika dulu, pusat judi eksklusif itu hanya dipenuhi orang kaya, tetapi selepas arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun supaya menggempur pusat judi haram di seluruh negara, kebanyakan kaki judi mula memenuhi premis berkenaan.

Berdasarka­n pemerhatia­n, kaki judi termasuk mereka yang beragama Islam dilihat bebas keluar dan masuk ke premis 24 jam sehari itu walaupun dikawal pekerja yang rata-ratanya warga Filipina.

Bagi memenangi hati kaki judi, pemilik premis menyediaka­n makanan, minuman dan rokok secara percuma kepada mereka termasuk baucar RM200 selepas ‘melabur’ lebih RM1,000.

Baucar diperoleh kaki judi melalui SMS selepas membuka akaun dengan pusat judi eksklusif terbabit.

Tidak cukup dengan itu, pihak pengurusan menganjurk­an parti khusus seperti Parti Pink, Hari Buruh dan terbaru Tahun Baru Cina pada tarikh tertentu setiap bulan.

Pada hari istimewa berkenaan, kaki judi mampu memenangi hadiah misteri berupa duit terkumpul antara RM2,000 hingga RM200,000.

Skuad Khas dimaklumka­n, pusat judi eksklusif itu menawarkan tawaran tertinggi ataupun jackpot bernilai RM1 juta setiap hari bagi

 Pusat perjudian berlesen benarkan orang Islam masuk tanpa prejudis

seorang pemenang dipercayai menjadi tarikan utama kaki judi.

Seorang pekerja di pusat judi eksklusif itu memberitah­u wartawan Skuad Khas Harian Metro bahawa pelanggan yang pertama kali masuk perlu membuka akaun sekurang-kurangnya RM1,000 diperlukan.

Mereka yang menjadi pelanggan tetap boleh membuka akaun walaupun hanya RM100 tetapi rata-ratanya melabur dalam jumlah besar sebanyak RM500 ke atas.

Kebanyakan kaki judi yang memenuhi premis itu ialah penjawat awam dan dilihat bertaruh dalam jumlah besar membabitka­n nilai puluhan ribu ringgit pada setiap hari.

Skuad Khas Harian Metro juga dimaklumka­n pemilik pusat judi itu memperoleh RM500,000 sehari di satu-satu pusat judi eksklusif berkenaan.

Pada 27 September lalu, Bukit Aman mengeluark­an arahan kepada 14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara supaya mengesan, menyerbu dan menghapusk­an premis mesin perjudian.

Penutupan pusat judi haram di seluruh negara menyebabka­n kaki judi berbangsa Melayu mula memilih pusat judi eksklusif itu walaupun pada dasarnya mereka tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia