Harian Metro

Senjata untuk dijual

2 pistol, 18 peluru dirampas daripada pasangan suami isteri

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

Polis terpaksa memecahkan pintu di sebuah rumah di Taman Bakti Gual Tinggi, Rantau Panjang, kelmarin sebelum menahan suami isteri dan merampas dua pucuk pistol dalam simpanan mereka.

Malah, pasangan suami isteri berusia 27 dan 29 tahun itu turut menyogok wang RM1,700 kepada anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai bagi mengelakka­n mereka ditahan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanudin Hassan berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek cuba melarikan diri dengan bersembuny­i di tingkat atas rumah berkenaan.

“Pasukan itu kemudian terpaksa memecahkan pintu depan rumah dan mendapati pasangan itu bersembuny­i di sebuah bilik, manakala dua anak lelaki mereka berusia lima dan sembilan tahun di bilik berasingan.

“Kedua-duanya ditahan bersama dua pucuk pistol jenis Styer dan Beretta serta 18 butir peluru di rumah teres dua tingkat berkenaan pada jam 12.30 tengah malam.

“Ketika itu suspek turut menyogok wang RM1,700 kepada anggota terbabit dan mereka kemudian ditahan serta dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Turut hadir, Pegawai Gerakan PGA Batalion 9 Kubang Badak, Terengganu, Asisten Superinten­dan Mohamad Azlee Ismail.

Suspek yang sebelum ini bekerja memasang penapis air, mendakwa pistol itu kepunyaann­ya yang dibeli dari negara jiran dengan harga RM7,000.

Sementara satu lagi pistol kepunyaan rakannya berasal dari negara jiran yang didakwa akan dijual kepada seorang individu di Kuala Lumpur dipercayai untuk pasaran gelap.

 ??  ?? HASANUDDIN (tengah)
bersama pegawainya menunjukka­n pistol dan peluru serta wang tunai
yang dirampas.
HASANUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n pistol dan peluru serta wang tunai yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia