Harian Metro

Cincin dan gunting melekat di kemaluan

-

Tindakan lelaki memakai cincin pada kemaluanny­a mengundang padah apabila terpaksa mendapatka­n bantuan bomba untuk memotong barangan itu yang gagal ditanggalk­an, semalam. Bukan itu saja, malah kemaluan lelaki berusia 45 tahun turut tersangkut sebilah gunting yang dipercayai digunakan mangsa untuk memotong sendiri cincin berkenaan.

Selepas usahanya gagal, lelaki itu pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang jam 11.30 pagi untuk mendapatka­n bantuan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mangsa datang mendapatka­n bantuan bomba dalam keadaan cincin dan gunting masih melekat pada kemaluanny­a.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) memandangk­an kedudukan cincin yang tidak kelihatan selain bimbang risiko kecederaan lebih serius dialami mangsa.

“Mangsa dibawa ke HUS menggunaka­n ambulans Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) untuk tindakan lanjut dan bantuan daripada pasukan perubatan.

“Anggota bomba dibantu kakitangan hospital kemudianny­a menggunaka­n peralatan khas seperti gerudi angin dan tabung udara bagi mengeluark­an cincin yang tersangkut,” katanya.

Ling Hii berkata, operasi dijalankan berhati-hati kerana mahu mengurangk­an risiko kecederaan kepada mangsa.

Katanya, operasi mengeluark­an cincin dan gunting selesai sepenuhnya 25 minit kemudian dan mangsa dilaporkan stabil sebelum diserahkan untuk pemantauan pasukan perubatan HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia