Harian Metro

Hampir karam bot bocor

- Wan Faizal Ismayatim wfaizal@nstp.com.my

 Dua nelayan ditemui keletihan dekat perairan Teluk Kimanis

Dua nelayan diselamatk­an Agensi Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan selepas bot dinaiki mereka hampir karam akibat mengalami kebocoran dekat perairan Teluk Kimanis, 4.5 batu nautika dari barat laut Pulau Tiga dekat sini, kelmarin.

Kedua-dua nelayan terbabit, Abdul Runi, 41, dan anaknya Mohd Azrul, 19, diselamatk­an sepasukan anggota daripada bot RH 19 PPM Labuan, jam 4.10 petang.

Mereka diselamatk­an hasil daripada koordinasi bersama Agensi Pengguatku­asaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan susulan maklumat diterima mengenai bot terbabit yang mengalami kebocoran dan hampir karam jam 1.25 tengah hari.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya yang menerima laporan itu segera menjalanka­n operasi bantuan menyelamat dengan keluasan sektor pencarian merangkumi 10 batu nautika persegi.

Menurutnya, Kapal Maritim (KM) Memmon dari Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi terakhir bot mangsa dilaporkan hampir karam jam 3 petang meliputi jarak pelayaran sejauh 37 batu nautika dari timur laut Pulau Labuan.

Katanya, selain APMM, usaha pencarian mangsa juga disertai bot daripada bot RH 19 PPM dan Taman-Taman Sabah, Pulau Tiga.

“Kedua-dua nelayan berasal dari Kampung Numbak, Kota Kinabalu dipercayai belayar sejak Sabtu lalu menuju Pulau Mengalum sebelum bot mereka mengalami kebocoran dan terpaksa membuat lencongan ke Pulau Tiga untuk mendapatka­n bantuan.

“Mereka ditemui keletihan dan dibawa ke Kuala Penyu untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Zubil mengingatk­an masyarakat supaya sentiasa melaporkan kepada APMM sekiranya berdepan sebarang masalah di laut dengan menghubung­i bilik operasi 24 jam APMM Labuan di talian 087-427999 atau MERS 999.

 ??  ?? ANGGOTA PPM Labuan menyelamat­kan dua nelayan selepas bot mereka hampir karam di perairan Pulau Tiga, Sabah.
ANGGOTA PPM Labuan menyelamat­kan dua nelayan selepas bot mereka hampir karam di perairan Pulau Tiga, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia