Harian Metro

Tak menang tangan

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

 Perniagaan kenderaan saji di Ekspo Terengganu 2018 laris

Ekspo Terengganu 2018 menjadi lubuk rezeki buat peniaga atau kenderan saji di negeri ini apabila masing-masing tidak menang tangan melayani pelanggan yang membanjiri tapak ekspo di Kompleks Sukan Negeri di sini, sejak Sabtu lalu.

Sambutan di luar dugaan memberi kegembiraa­n kepada peniaga, sekali gus mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang peniaga ‘cari makan’ di ekspo berkenaan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Trak Terengganu (T-Trak) Hazim Fadli Abd Karim berkata, sempena Ekspo Terengganu 2018, 25 ahli T-Trak berniaga di tapak ekspo berkenaan bermula jam 9 pagi hingga jam 12 malam hingga 3 Mac depan.

Dia yang berniaga kambing bakar berkata, orang ramai yang mengunjung­i ekspo berkenaan boleh mendapatka­n pelbagai jenis makanan seperti kambing bakar, burger bakar, piza, roti ban, bebola daging, ayam goreng, ayam gunting, makanan Barat ala Terengganu selain nasi lemak dan masakan panas dengan harga berpatutan.

“Selain makanan berat, pengunjung juga boleh memesan makanan ringan seperti keropok lekor, kuih-muih tradisiona­l dan aiskrim buatan sendiri serta pelbagai jenis minuman panas dan sejuk,” katanya.

Peniaga Ice Cream Honey, Faidatul Hidayah Idris, 31, berkata, dia teruja dengan sambutan orang ramai yang tidak putus-putus mengunjung­i trak makanan yang diusahakan bersama bapa, Idris Ismail, 68, dengan bantuan dua pekerja.

“Penat memanglah penat, tetapi berpuas hati apabila pelanggan tidak putus-putus datang hinggakan ada masanya kami tidak menang tangan.

“Bukan saja saya, malah semua peniaga trak di sini tidak menang tangan melayani pelanggan, tetapi kami puas kerana selain mendapat hasil jualan lumayan berbanding hari biasa, pelanggan berpuas hati dan memuji keenakan makanan dijual peniaga trak,” katanya.

 ?? Hazim Fadli Abd Karim ?? ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjung­i kenderaan saji pada Ekspo Terengganu 2018. Selain makanan berat, pengunjung juga boleh memesan makanan ringan seperti keropok lekor, kuih-muih tradisiona­l dan aiskrim buatan sendiri”
Hazim Fadli Abd Karim ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjung­i kenderaan saji pada Ekspo Terengganu 2018. Selain makanan berat, pengunjung juga boleh memesan makanan ringan seperti keropok lekor, kuih-muih tradisiona­l dan aiskrim buatan sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia