Harian Metro

Syarikat korporat mesra belia

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Kerjasama strategik KBS ketengah aspirasi orang muda pacu organisasi menjelang 2050

Kerjasama strategik Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dengan organisasi korporat bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap Transforma­si Nasional 2050 (TN50) berjaya mengumpul lebih 60,000 aspirasi yang disuarakan belia di seluruh negara

Kolaborasi itu membawa kepada beberapa kempen kesedaran yang bukan saja mengumpul lebih banyak aspirasi, tetapi juga pendedahan terperinci mengenai TN50 kepada masyarakat.

Antaranya dialog dan kolaborasi bersama Touch

‘n’ Go membincang­kan masa depan di mana transaksi tanpa tunai akan menjadi satu kebiasaan.

Dialog serta kolaborasi bersama Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) pula memaparkan 42 bas dan dua tren empat gerabak diperkemas dengan visual bertemakan TN50 disamping eksekutif muda Prasarana digelar turun padang ke hab pengangkut­an bagi mengumpul aspirasi daripada pengguna kemudahan syarikat itu.

Petronas, UEM Sunrise, Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) dan IGB Corporatio­n Berhad pula masing-masing mengadakan pameran mengetenga­hkan visual bertema TN50 serta infografik.

Menerusi kerjasama dengan syarikat korporat itu, Bank Pembanguna­n Malaysia mengetenga­hkan kempen

bagi memenuhi aspirasi belia Malaysia yang mahukan tempat kerja lebih kondusif dari segi infrastruk­tur (ruang kerja, pendekatan ergonomik, fasiliti rekreasi), persekitar­an kerja dan kepuasan pekerjaan. Insiatif

oleh Sime Darby Property pula menjadikan

sebagai pelan bagi memaksimum­kan potensi penggunaan ruang hijau, gaya hidup berpatutan dan mampan serta mempunyai jaringan yang luas sejajar dengan aspirasi belia buat gaya hidup menjelang 2050.

Kerjasama Microsoft dan KBS memperkena­lkan teknologi bertaraf dunia di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi membangunk­an modal insan yang mampu untuk menghadapi peralihan dunia ke landskap digital.

Menerusi MyKasih Foundation dengan Kasih Tanpa Sempadan, ia memperkena­lkan sistem tanpa tunai dalam pengagihan bantuan kepada keluarga berpendapa­tan rendah dan pelajar dari keluarga golongan itu dengan hanya menggunaka­n MyKad atau kad khas untuk membeli barangan isi rumah asas serta peralatan persekolah­an di vendor berdaftar.

Kolaborasi syarikat telekomuni­kasi DiGi bersama KBS ke arah sistem transaksi tanpa tunai dengan vcash pula adalah kerjasama mencermink­an aspirasi belia yang mengingink­an negara yang mengaplika­sikan sistem pembayaran tanpa tunai.

Menerusi sesi dialog, kerjasama dan kempen yang dilaksanak­an, semua respons yang diperoleh diperhalus­i dan diuraikan dalam sorotan draf digital laporan Kanvas Belia TN50 di laman web TN50.

Versi awal Kanvas Belia TN50 ini diterbitka­n untuk mendapatka­n maklum balas akhir daripada anak muda Malaysia mengenai TN50. Input itu kemudian dikaji dan dimasukkan ke dalam laporan akhir Kanvas Belia sebelum laporan penuh dimuktamad sebagai Kanvas Belia TN50.

Aspirasi belia yang pelbagai dikumpul KBS disusun ke dalam tujuh bab utama iaitu Ekonomi Dinamik, Kerjaya Memberangs­angkan; Pendidikan Untuk Masa Depan; Masyarakat yang Adil dan Kukuh; Kesihatan dan Kesejahter­aan Dijadikan Asas; Tanggungja­wab Terhadap Khazanah Semulajadi; Tadbir Urus yang Efektif dan Amanah serta Negara Kaya Budaya dan Bersemanga­t Juara.

Laporan Kanvas Belia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini dan menjadi input penting terhadap penggubala­n dasar TN50 oleh kerajaan bermula pada 2018 dan seterusnya.

 ??  ?? KHAIRY menanam kapsul masa yang mengandung­i himpunan aspirasi belia pada Pelancaran City of Elmina–Townships for the Future.
KHAIRY menanam kapsul masa yang mengandung­i himpunan aspirasi belia pada Pelancaran City of Elmina–Townships for the Future.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia