Harian Metro

SPRM beku RM5.3j dari akaun suspek dikait rasuah

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan wang RM5.3 juta daripada beberapa suspek yang disiasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

Nilai itu membabitka­n wang di dalam akaun dan peti deposit selamat di beberapa bank milik empat suspek yang ditahan reman, sejak Isnin lalu.

Bagaimanap­un, sumber rapat dengan SPRM berkata, nilai itu dijangka meningkat selepas pihaknya menyiasat beberapa akaun bank milik ahli keluarga suspek.

Katanya, wang itu hanya dibekukan dan bukan dirampas seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“RM5.3 juta itu hanya membabitka­n wang dalam akaun dan peti deposit selamat. Bagaimanap­un, ia belum ditambah dengan nilai yang lain. Beberapa akaun milik keluarga iaitu isteri dan anak-anak empat suspek yang direman akan kita siasat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, SPRM sudah memanggil beberapa saksi sejak kelmarin untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi ketika dihubungi semalam, mengesahka­n perkara itu.

SPRM sebelum ini menahan reman tiga pegawai JKNS termasuk Ketua Jurutera JKNS yang juga Pemangku Timbalan Pengarah jabatan itu yang berusia 58 tahun, sehingga Ahad ini.

Tiga lagi yang ditahan adalah dua lagi jurutera JKNS, masing-masing berusia 39 dan 37 tahun dan seorang kontraktor yang juga pengarah syarikat.

Ia bagi membantu siasatan berhubung projek penyelengg­araan dan kecemasan perkhidmat­an kereta api di Sabah sejak 2011. SPRM turut menyita beberapa hartanah bernilai RM2.7 juta termasuk rumah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah, milik empat suspek itu.

Susulan itu, SPRM mendaftark­an ‘kaveat’ terhadap beberapa rumah dan hartanah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah supaya ia tidak boleh dijual atau ditukar hak milik, sepanjang tempoh siasatan.

Selain itu, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM170,000 dan merampas dua motosikal berkuasa tinggi daripada beberapa suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia