Harian Metro

Kasih dalam pantang

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Kasih ibu. Seorang wanita yang masih dalam pantang sanggup meredah perjalanan lebih dua jam setengah bagi menemani anak sulungnya yang menerima bantuan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) di Tenom, semalam.

Jaulisah Ambun, 31, dari Kampung Malututulu Tomani berkata, dia bersama suami serta dua anaknya, Allesya Izzati Adawiyah Abdullah berusia lapan tahun dan Muhammad Saqib Khan,

 Wanita bawa bayi sebulan temani anak sulung terima bantuan buka akaun SSPNi

sebulan, memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi bagi memastikan dapat tiba awal di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom.

Katanya, dia dan suami juga membawa bersama bayi yang baru berusia 30 hari kerana tiada orang dapat membantu menjaganya di rumah.

“Rumah kami terletak di kawasan pedalaman dan perlu melalui jalan berbukit bukau untuk ke bandar Tenom.

“Walaupun menempuh perjalanan lebih 2 jam 30 minit, ia berbaloi demi masa depan pendidikan anak,” katanya ketika ditemui pada majlis UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) dan UMNO Bahagian Tenom, di sini.

Pada majlis berkenaan, 300 pelajar sekolah rendah sekitar daerah terbabit menerima sumbangan pembukaan akaun SSPNi, RM100 seorang daripada BiKUM.

Selain itu, lebih 1,000 keluarga kurang berkemampu­an turut menerima sumbangan kit makanan dan barangan keperluan bernilai RM120,000.

Sumbangan diserahkan sendiri Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan hadir sama, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi serta Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rubin Balang.

Dalam ucapannya, Shamsul berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO mampu menyediaka­n kemudahan pendidikan terbaik untuk rakyat.

“UMNO bukan saja menjaga kebajikan ahli, orang Melayu atau kaum Bumiputera saja tetapi juga semua kaum lain di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, sempena program yang sama, Shamsul, Raime dan Rubin turut meluangkan masa menziarahi Ketua Daerah Tenom, David Jani, 63, yang terlantar akibat kanser usus di rumahnya di Kampung Entabuan.

 ??  ?? JAULISAH bersama Allesya dan bayi gembira menerima bantuan pada majlis UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran BiKUM dan UMNO Bahagian Tenom, semalam.
JAULISAH bersama Allesya dan bayi gembira menerima bantuan pada majlis UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran BiKUM dan UMNO Bahagian Tenom, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia