Harian Metro

7 ditahan bersama ketum RM17,575

-

Terap: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 185 kilogram daun ketum bernilai RM17,575 yang cuba diseludup ke negara jiran serta menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kes berasingan di sini, semalam.

Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Abdul Azizi Ismail berkata, dalam kejadian pertama jam 8 pagi, Pasukan 5 Rejimen Sempadan (RS) di kawasan operasi Gubir Pos Batu 34 diketuai Leftenan Muda Muhamad Farid Mahfoz merampas daun ketum itu.

“Ketika kejadian, anggota terbabit melihat tiga lelaki menunggang motosikal dengan membawa guni menuju ke kawasan sempadan dalam keadaan mencurigak­an.

“Apabila menyedari pasukan itu cuba menghampir­i, mereka melarikan diri meninggalk­an kenderaan masing-masing dan hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat daun ketum dalam guni diikat di belakang motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, selain daum ketum, turut dirampas tiga botol berisi air ketum bernilai RM30 serta tiga motosikal membabitka­n jumlah keseluruha­n rampasan bernilai RM28,605.

Menurutnya, selang setengah jam kemudian, ketika rondaan bermotosik­al, pasukan sama diketuai Koperal Mohd Zamri Mustafa berjaya menahan tujuh PATI warga Myanmar berusia 17 hingga 40 tahun.

“Ketika kejadian, pasukan berkenaan melihat lima wanita serta dua lelaki sedang menyusup masuk ke negara ini melalui pagar sempadan.

“Apabila menyedari pasukan itu menghampir­i, mereka lari dan cuba bersembuny­i di kawasan semak berhampira­n, namun dengan kepantasan anggota berkenaan, kumpulan PATI

itu ditangkap. “Pemeriksaa­n lanjut menemui sebuah beg komputer riba, dua beg tangan, lima telefon serta tiga alat pengecas mudah alih, peralatan mandi, pakaian, lima keping kad pengenalan Myanmar dan sekeping kad keahlian parti berserta ubat-ubatan,” katanya.

Beliau berkata, barang rampasan dan PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? PENDATANG yang ditahan dan bungkusan ketum yang dirampas (gambar kecil).
PENDATANG yang ditahan dan bungkusan ketum yang dirampas (gambar kecil).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia