Harian Metro

AZAN UNTUK AYAH

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

> “Ayah, bangunlah.. Ayah janji mahu teman Nabil ke masjid." Itu antara rintihan Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, di sisi bapanya hampir setiap hari. Nabil juga akan melaungkan azan sebagai satu usaha untuk menyembuhk­an bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu, lapor Suraya Roslan

 Anak bongsu laung azan setiap hari sebagai ikhtiar pulih bapa terlantar sakit akibat nahas

Kuala Lumpur

“Ayah, bangunlah... Ayah janji mahu teman Nabil ke masjid.” Itu antara rintihan meruntun jiwa perbualan seorang anak kecil dengan bapanya hampir setiap hari.

Kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil juga akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhk­an bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil mahu ke sekolah dan pulang daripada persekolah­an tanpa gagal selama tiga tahun dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaniny­a solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertanding­an laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang sebelum ini, kerap diberi tanggungja­wab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarka­n bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak, lirikan matanya sudah cukup buat saya untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Nabil berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangka­n jiwa serta terapi rohani untuk

bapanya

Dulu saya akan ke masjid bersama bapa setiap waktu untuk solat berjemaah, bapa berpesan jika solat jemaah di masjid Allah SWT menggandak­an 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendiri­an”

Raden Nabil

segera sembuh.

“Saya mahu bapa cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan bapa.

“Apa yang saya harapkan kini adalah bapa sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhk­an bapa,” katanya.

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar ustaz tercapai satu hari nanti.

“Dulu saya akan ke masjid bersama bapa setiap waktu untuk solat berjemaah, bapa berpesan jika solat jemaah di masjid Allah SWT menggandak­an 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendiri­an.

“Saya akan ingat pesanan bapa untuk mengejar saham akhirat termasuk memudahkan perjalanan hidup bapa untuk bergelar anak yang soleh,” katanya.

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman Nabil melaungkan azan sebagai usaha supaya bapanya yang terlantar akibat kegagalan saraf berfungsi pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang juga seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Petaling Jaya.

“Bapa menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahka­n urat saraf bapa tidak lagi berfungsi.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu bapa yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa bapa berubat,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia sudah tiga tahun tidak tidur malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutama jika tiub di lehernya tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk bapa demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga bapa sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap jam 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan bapa sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberi bantuan kepada keluarga ini boleh menghubung­i Raden Muhamad Nafis di talian 011-21916258.

Bapa menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahka­n urat saraf bapa tidak lagi berfungsi”

Muhamad Nafis

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA Zakariya sentiasa berada di sisi untuk menjaganya. RADEN Nabil tidak dapat menahan sebak ketika wartawan menemu ramahnya di sisi bapa.
KELUARGA Zakariya sentiasa berada di sisi untuk menjaganya. RADEN Nabil tidak dapat menahan sebak ketika wartawan menemu ramahnya di sisi bapa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia